Heh! Masih tak sedar diri lagi Si Guan Eng ni rupanya. Dah sangkut dua kes penyalah-gunaan kuasa pun, Si Guan Eng tu masih ada hati lagi nak mendekatkan diri dia dengan 'Kaki Rasuah'?
Katanya, Si Ketua Menteri DAPigs Pulau Pinang itu pada ketika ini dikelilingi tokoh - tokoh perniagaan yang menjadi suspek rasuah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dato Seri Khor Teng Tong dari Hunza Land telah ditangkap. Dihadapkan ke mahkamah pagi ini. Pemaju besar di Pulau Pinang. Sangat rapat dengan Tokong (Guan Eng),” dedah Mejar Huan Penang dalam Facebook hari ini.
Sementara itu, akhbar melaporkan Datuk Seri dan anaknya yang bergelar Datuk ditahan SPRM berhubung penyalahgunaan kedudukan berhubung penjualan tanah milik anak syarikat Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.
Datuk Seri dan anaknya yang juga pemilik sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang ditahan dalam satu operasi khas SPRM, pada jam 7 malam ini.
Penasihat syarikat pemaju yang berusia 74 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang manakala anaknya yang berusia 47 tahun yang juga pengarah urusan syarikat itu ditangkap di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Sumber berkata, penahanan itu susulan daripada siasatan SPRM terhadap seorang pemegang amanah yayasan itu di Pulau Pinang pada 29 Mac lalu kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya bagi kepentingan peribadi.
Katanya, kedua-dua suspek itu dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan serta harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.
“Perbuatan itu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan itu sejak beberapa tahun yang lalu. Kedua-dua tangkapan dibuat pada jam 7 malam ketika hadir untuk memberi keterangan membantu siasatan kes itu, ” katanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kedua-duanya dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok (hari ini) untuk direman Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, seorang pemegang amanah yayasan bergelar ‘Datuk’ direman bagi membantu siasatan SPRM selepas dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan berkenaan di negeri ini, selain membuat keputusan sendiri tanpa melalui persetujuan ahli lembaga pengarah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.