Hahaha!!! Nampak gayanya kebodohan sedang melanda arkitek Langkah Kajang ni kerana buat sekian kalinya, 'Gempak' yang nak dicetuskan oleh Si Rafizi tu bakal menemui kegagalan.
Jika sebelum ini, Si Rafizi tu tampil membuat dakwaan secara terbuka kononnya ada Individu yang rapat dengan kepimpinan PAS menerima habuan dana kewangan daripada 1MDB.
Kenyataan Si Rafizi tu dibuat selepas sidang Parlimen selesai memberikan ruang kepada Hadi Awang membentangkan RUU 355 yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah Syariah.
Kata Si Rafizi, soal berkaitan dengan 'Individu' itu mahu diajukan kepada Hadi Awang sewaktu perbahasan RUU tersebut namun tidak kesampaian kerana sesi perbahasan ditangguhkan.
Ekoran kenyataan Si Rafizi itu membuatkan ramai yang tertanya - tanya, apa kaitannya isu berkaitan dengan Individu tersebut dengan RUU 355 yang dibentangkan oleh Hadi Awang di Parlimen?
Jelas mereka, 'Gempak' yang cuba dicetuskan oleh Si Rafizi tu hanya sekadar taktik Politik Longkang yang sudah menjadi amalan kebiasaan puak Pakatan Haprak tu untuk mengalih isu.
Dan dalam kenyataan yang dibuat baru - baru ini, Si Rafizi tu juga tampil memberi gambaran siapa 'Individu' yang dimaksudkan. Kata dia, 'Individu' tersebut pernah menjadi pemimpin kanan PAS.
Ramai yang berpendapat bahawa 'Individu' yang dimaksudkan oleh Si Rafizi itu ialah Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang telah dipecat dari parti sewaktu zaman Allahyarham Nik Aziz.
Maka, pendedahan yang dijangka akan dilakukan oleh Si Rafizi tu hari ini hanya ibarat 'Cerita Basi' yang semua orang dah tau. Pun dia masih ada hati nak buat dakwaan terhadap PAS?
Pokok pangkalnya, apa tujuan Si Rafizi tu buat pendedahan tersebut sedangkan ianya tidak ada sebarang kaitan pun dengan RUU 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS sebelum ini? Lantak la 'Individu' tu nak terima dana dari sesiapa pun. Dia takde kaitan pun dengan PAS!!!
Tukang fitnah dah kantoi sbb kehabisan modal nak lawan ruu355.
BalasPadam