Khamis, April 13, 2017

Hahaha!!! Patut la Si Rafizi tu makin hari makin meroyan macam orang hilang akal sampai tahap dia mendesak agar PAS Pusat membuat pendirian untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Rupanya, Si Rafizi tu bengkak hulu hati dia apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Mohd Amar yang mendakwa tuduhan dia hanya sekadar nak mencari 'Publisiti Murahan'.

Dalam satu kenyataan semalam, Mohd Amar menyifatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Rafizi itu sebelum ini hanya boleh didengar, namun tidak boleh dipercayai.

Menurutnya, segala tuduhan yang dibuat Rafizi terhadap PAS langsung tidak berasas dan hanya bertujuan untuk mengalihkan isu - isu besar yang turut melibatkan PKR pada ketika ini.

Kata Mohd Amar, dia mengesyaki bahawa tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi itu sejak akhir - akhir ini hanya sekadar satu taktik Politik yang mahu mencari Populariti Murahan sahaja.
"Ingat balik rekod dia, kenyataan dia, dengar boleh, tapi tidak boleh pakai. Pada pandangan saya, dia sengaja buat, sama ada nak populariti ke apa ke, saya tidak pasti. Tapi kita tengok balik rekod dia lah, tidak berapa baik. Kalau kita respon pun, buang masa.
"Kalau betul dia nak sebut siapa orangnya yang dimaksudkan, baguslah, kita tunggu dan lihat nanti," katanya, semalam.
Mohd Amar bekata demikian mengulas mengenai tuduhan Rafizi berkaitan kononnya PAS menerima dana daripada 1MDB. Namun Si Rafizi hanya memberikan bayangan tetapi tidak mendedahkan butiran sebenar individu yang dimaksudkan.

Selain itu, Mohd Amar juga menganggap bahawa tindakan Rafizi tersebut hanya akan menambahkan garam pada luka yang sedia ada terhadap hubungan PAS dan PKR yang sekarang ini sedang terumbang-ambing.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pakar fitnah yg selalu gagal. Agaknya tak ingat dosa pahala tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping