Hahaha!!! Kesian betul tengok Si Khalid Samad ni. Makin hari makin kronik masalah yang dihadapi olehnya. Nak pulak lepas ni dia dah tak boleh duduk dalam sidang Parlimen. Bertambah sakit otak la dia dibuatnya.
Mungkin itu yang menjadi punca kenapa Si Khalid Samad tu meroyan tak tentu arah bila dia tak dapat nak berbahas isu mengenai cadangan pindaan Rang Undang - Undang yang dibentangkan oleh Presiden PAS tu.
Maka tak salah la anggap yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS yang mendakwa Si Ahli Parlimen Shah Alam tu ada masalah peribadi yang perlu diselesaikan olehnya sendiri. Jangan dibawa ke dalam Parlimen.
Bahkan, PAS juga turut menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai mengarut serta menegaskan jika ia adalah hari PAS dan UMNO, pemimpin pembangkang yang lain tidak sepatutnya ada dalam sidang berkenaan.
“Dia dalam parlimen, dia pun sepatutnya tiada dalam parlimen kalau hari Umno hari PAS. Jadi semua ahli dewan diberi peluang oleh speaker untuk bertanya soalan. Umno pun diberi peluang, PAS pun diberi peluang, jadi maknanya ini kenyataan mengarut.
“Contohnya, Ahli Parlimen Kota Bharu beri laluan jadi sepatutnya mereka mengambil peluang tersebut, tapi kalau dia tidak ambil peluang selepas itu dia nak sebut bahawa hari ini hari Umno dan PAS, itu tidak betul,” tegas beliau ketika dihubungi Antarapos.
Timbalan Presiden PAS itu juga turut menganggap bahawa kenyataan tersebut timbul apabila Khalid terlalu banyak berfikir perkara yang buruk tentang kedua-dua parti tersebut sehingga menimbulkan sifat negatif.
“Saya ingat yang masalah sebenarnya ialah masalah dia sendiri. Dia melihat semua yang PAS buat ini dia cuba kaitkan dengan Umno padahal dia pelu lebih berfikiran terbuka melihat situasi yang berlaku sebab sewaktu perbahasan, semua ahli-ahli parlimen yang lain bangun bahas,” katanya.
Dalam erti kata mudahnya, Si Khalid Samad ni sedang menghadapi kemurungan yang cukup kronik sehingga menyebabkan dia mengalami gangguan mental. Jelas, Si Khalid Samad ni masih tak dapat lupakan 'Janda Lama' dia. Maka sebab itulah dia suka meroyan tak tentu arah!!!
Itu sifat spesis MUNAFIK yang ALLAH laknati..dia menjadi tidak keruan..jiwanya tidak tenang..sebab hilang keberkatan
BalasPadamMungkin bnyak sangat telan dedak dap
BalasPadam