Baiklah. Kita faham kenapa Si Khalid Samad ni rasa kecewa kerana tidak diberi peluang untuk membahaskan cadangan pindaan RUU 355 yang telah dibentangkan oleh Presiden PAS sebelum ini.
Si Khalid Samad ni takut kalau dia tak sempat nak bersuara dan menyokong cadangan pindaan tersebut kerana mendakwa Pilihan Raya Umum akan diadakan sebelum RUU itu dibahaskan.
“Kemungkinan ada ramai yang membaca (ramal) selepas ini akan diadakan PRU sebelum sidang yang akan datang. Kerana mereka tidak beri kita peluang untuk berhujah sebelum PRU itu, kerana bila mereka beri kita peluang, hujah kita mempunyai asas yg kukuh,” katanya.
Namun semua itu hanya sekadar andaian Si Khalid Samad itu sahaja kerana ramai penganalis membuat spekulasi mendakwa Pilihan Raya akan diadakan paling awal bulan Oktober.
Walhal, sidang Parlimen paling awal dijangka akan berlansung pada bulan Jun seperti mana yang didedahkan oleh Si Ahli Parlimen Temerloh tu dalam kenyataan yang disiarkan semalam.
Tapi dari satu sudut, kita faham kenapa Si Khalid Samad ni risau dan turut melahirkan rasa kecewa yang amat sangat sebab jika RUU itu dibahas selepas PRU, maka dia pun dah tak boleh nak bersuara.
Perkara itu logik dan boleh diterima akal kerana Si Khalid Samad tu masih belum tentu dapat bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang memandangkan dia sudah hilang kelayakan.
Sehingga ke hari ini, status Si Khalid Samad tu sebagai seorang Ahli Parlimen masih tergantung dan menjadi tanda tanya memandangkan dia telah dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah.
Si Khalid Samad tu telah didapati bersalah kerana Menabur Fitnah terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dan diarahkan membayar denda sebanyak RM 200 ribu.
Jumlah denda yang dikenakan ke atas Si Khalid samad itu adalah melebihi dari jumlah yang ditetapkan oleh Perlembagaan untuk menggugurkan statusnya sebagai seorang Ahli Parlimen.
Secara kesimpulannya, jika RUU 355 itu akan dibentangkan selepas PRU seperti mana yang didakwa oleh Khalid Samad, maka takde peluang la dia nak berbahas didalam sidang Parlimen. Sebaliknya, Si Khalid Samad tu hanya boleh meroyan ditepi Longkang!!!
Meroyan sakan si khalid ni...minta Dap tolong rawat.
BalasPadam