Ahad, April 09, 2017

Heh! Nampak gayanya usaha Si Tony Puaka tu nak menjadi 'Jaguh' yang menentang isu pembentangan Rang Undang - Undang berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah ini dah memakan dirinya sendiri.

Dalam rakaman khas Tony Puaka bagi mengutuk pembentangan huraian RUU 355 yang dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada hari Khamis yang lalu, Si Tony Puaka tu berkata:
“Sekarang, setiap Ahli Parlimen pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian atau usul pembangkang, tetapi soalannya ialah, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah usul sebegini dibenar untuk dibentangkan. Dalam demokrasi berparlimen biasa, ya, Rang Undang-Undang Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya berpeluang untuk dibentangkan, tetapi tidak di Malaysia.”
Bahkan, kenyataan yang dibuat oleh Si Tony Puaka itu tidak hanya dibuat disitu sahaja. Malah Ahli Parlimen DAPigs itu juga turut memuat-naikkan catatan dilaman Facebooknya dengan berkata:
“Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang tidak pernah dibenar untuk dibahaskan dalam sejarah Parlimen Malaysia, kerana BN mengawal apa yang boleh dibentangkan, melalui persepakatan dengan Yang Dipertua Dewan.”

IRONIKnya, dalam sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan sahaja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan diundi juga.

Pada Isnin, 24 Oktober 1977, tiga RUU Persendirian telah dikemukakan oleh dua orang Ahli Parlimen DAPigs, iaitu Ngan Siong Hing (DAPigs Kinta) dan satu lagi Lim Kit Siang (DAPigs Kota Melaka) sendiri.

Dua RUU Persendirian yang dibentangkan oleh Ngan Siong Hing serta yang dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah RUU untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

Selain itu, Ngan juga turut membentangkan RUU yang berkaitan dengan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan RUU untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977.

Sementara itu, RUU Persendirian yang dibentangkan oleh Lim Kit Siang serta yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah RUU untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973.

Perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang - Undang Persendirian yang dibentangkan oleh kedua - dua pemimpin DAPigs itu telah diteruskan pada Selasa, 25 Oktober 1977.

Walaupun Si Tony Puaka tu baru berusia lima tahun pada waktu itu, adalah sangat menghairankan jika dia selaku Setiausaha Publisiti DAPigs, lansung tidak tahu mengenainya.

Tambahan menghairankan lagi ialah apabila Si Apek Lim Kit Siang yang telah mengemukakan RUU Persendirian itu lansung tidak bertanggungjawab untuk membetulkan Si Tony Puaka tu.

Tapi tidak mustahil sekiranya Si Apek Lim Kit Siang tu sendiri sengaja cuba menyembunyikan fakta tersebut dari pengetahuan orang ramai demi untuk memperbodohkan rakyat sehingga menyebabkan Si Tony Puaka tu sendiri Hilang Kemaluan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kit Siang sengaja biarkan tony puaka jadi Taik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping