Ternyata, masih ramai lagi yang tertanya - tanya, apa tujuan Si Rafizi tu membangkitkan isu berkaitan dengan Dana 1MDB dengan pembentangan yang dibuat oleh Presiden PAS sebelum ini.
Bagi sesetengah pihak, isu yang dibangkitkan oleh Si Rafizi tu takde sebarang kaitan pun dengan pembentangan Akta RUU 355 yang telah dilakukan oleh Hadi Awang dalam sidang Parlimen.
Kata mereka, isu yang dibangkitkan oleh Si Rafizi tu tak masuk akal kerana ianya tidak ada sebarang kaitan. Malah, individu yang didakwa oleh Si Rafizi tu pun takde kaitan dengan PAS.
"Rafizi hanya kata ada 'Individu' yang rapat dengan pemimpin PAS menerima dana daripada 1MDB. Nampak sangat dakwaan Rafizi itu tidak melibatkan pemimpin PAS.
"Lain la kalau Individu yang dimaksudkan oleh Rafizi itu terdiri dari kalangan pemimpin PAS yang beria - ia mempertahankan pembentangan RUU 355 yang dibuat oleh Abdul Hadi.
"Kemungkinan, Rafizi cuba nak memberikan gambaran seolah - olah pemimpin PAS ini sudah menerima habuan dari Barisan Nasional. Tapi tetap juga isu itu tidak ada kaitan dengan RUU yang dibentangkan oleh Presiden PAS," kata seorang sahabat.
Jika dilihat dari satu sudut, memang betul apa yang dinyatakan oleh sahabat itu. Individu yang dimaksudkan oleh Si Rafizi tu takde kaitan pun dengan PAS sama ada secara lansung atau pun tidak.
Dan yang lebih menghairankan ialah, kenapa baru sekarang Si Rafizi tu membangkitkan isu tersebut sedangkan dia kata pihak SPRM dah lama tau mengenai perkara tersebut sebelum ini?
Bertambah IRONIKnya ialah apabila Si Rafizi itu yang mendedahkan perkara tersebut sedangkan dalam masa yang sama, PKR masih lagi mahu menjalinkan hubungan Politik dengan PAS.
"Jika sebelum ini, bukan main lagi pemimpin PKR tu buat dakwaan kononnya PAS telah dipermainkan oleh UMNO kerana menolak untuk membentangkan Akta tersebut di Parlimen.
"Tapi dalam masa yang sama, PKR yang masih mahu mengekalkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS tidak pernah sekali pun menyokong usaha PAS untuk mengukuhkan peranan Mahkamah Syariah. Jadi sekarang, siapa yang tipu siapa sebenarnya?" soal sahabat itu lagi.
Dalam erti kata mudahnya, tindakan Si Rafizi tu cuba nak mengaitkan Individu yang bukan dari kalangan pemimpin PAS dengan dana 1MDB itu hanya sekadar helah Politik keji dia semata - mata.
Pokok pangkalnya, apa yang dilakukan oleh Si Rafizi itu bukan hanya sekadar satu Penghinaan terbuka terhadap PAS. Tetapi Si Ahli Parlimen PKR Pondan itu cuba nak mengelirukan rakyat dengan terus menyemai sifat kebencian terhadap parti itu semata - mata!!!
Rafizi tak tau bahawa dirinya adalah taik.
BalasPadamKeputusan mahkamah pun dah byk membuktikan mamat lembut ni kaki penipu/pemfitnah..jd kenapa di layan lg..lantakla dia nak ckp apa sbb satu malaysia dah tau yg ckp dia langsung xblh dipercayai...
BalasPadamOrang dah tau siapa rafizi tu...tukang fitnah yg sering gagal.
BalasPadam