Jumaat, April 28, 2017

Dewan Ulama PAS hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk membawa usul agar parti itu memutuskan hubungan kerjasama Politik atau Tahaluf Siyasi mereka dengan PKR.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pengerusi Jawatankuasa Usul, Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.
"Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju. 
"Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS," katanya.
Dia berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, hari ini, ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan.

Usul itu kemudian mendapat persetujuan secara sebulat suara dari seluruh perwakilan yang hadir.

Sementara itu, ketika membentangkan usul, perwakilan Negeri Sembilan Mohd Husaini Husin memberitahu, dia mencadangkan agar PAS memberi kata dua sama ada untuk putus atau tidak dengan PKR.

Antara hujah yang diberikannya, PKR meruntuhkan semangat setiakawan apabila menerima anggota Parlimen Tumpat memasuki parti mereka.
"Usul saya ialah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. (Kalau) nak kaji, (itu) tiga tahun lepas. Kali ini kita nak putus. Nak keputusan nak putus atau tak.
"(PKR) meruntuh semangat setia kawan apabila menerima anggota parlimen kita ke parti dia. Dua tahun PAS bersabar. Sekarang bukan untuk kaji, tapi putus atau tak. Bercerai atau tak," tegasnya.
Sebagai rekod, hubungan kerjasama diantara PAS dan PKR sejak kebelakangan ini juga sering kali dilanda kontroversi apabila ada dikalangan pemimpin PKR secara terbuka mengkritik pimpinan PAS.

Ada dikalangan pemimpin parti itu melabelkan PAS sebagai sebuah parti Pengkhianat yang telah membelakangkan kepentingan Pakatan terutamanya dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Bahkan PKR juga seolah - olah sependapat dengan DAPigs dan PAN yang menuduh PAS bersekongkol bersama UMNO untuk menjahanamkan gabungan Pakatan Pembangkang itu dalam PRU yang akan datang.

Dan yang terbaru, perancangan agenda Langkah Kajang, Si Rafizi tu dilihat mula berkempen memburukkan PAS secara terang - terangan dengan mendakwa kononnya parti itu ada menerima habuan dana kewangan dari 1MDB walaupun hakikatnya dia tidak ada sebarang bukti mengenainya!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping