Heh! Seronok tengok tajuk utama yang disiarkan melalui laman portal berita ni. Tapi setakat seronok tengok dan baca je la. Isi kandungan yang dilaporkan takde la hebat mana sangat.
Apa yang jelas kelihatan, paparan tajuk berita itu hanya dianggap sekadar wayang Politik Retorik yang dipamerkan oleh PAS itu sahaja. Ianya tak lebih dari itu. Ibarat jauh panggang dari api.
Menurut laporan yang disiarkan melalui laman portal tersebut, PAS katanya sedia untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mana - mana ahli yang dianggap bersifat 'Curang' terhadap parti.
Katanya, Lembaga Tatatertib parti itu tidak akan teragak - agak untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka yang dilihat cuba menjatuhkan parti demi menjaga disiplin ahlinya.
Namun IRONIKnya, parti itu sehingga ke hari ini masih GAGAL mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen PAS Pokok Sena yang kerap kali bersikap curang terhadap parti.
Sedangkan Si Mahfuz Bean tu bukan sahaja selalu tampil mengutuk dan memberikan kritikan terhadap kepimpinan parti secara terbuka melalui kenyataan media yang dibuatnya sebelum ini.
Bahkan, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu juga sering kali dilihat muncul diatas pentas - pentas ceramah parti yang menentang prinsip serta dasar perjuangan PAS secara terang - terangan.
Jadi, kenapa sampai hari ini PAS masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin parti itu? Sebaliknya, mereka membiarkan Si Mahfuz Bean tu bermaharajalela mengutuk dasar perjuangan PAS?
Mustahil jika PAS kata mereka masih tidak menerima sebarang laporan mahupun aduan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu? Tak masuk akal jika itu menjadi alasan PAS.
Walhal, kecurangan yang dipamerkan oleh Si Mahfuz Bean tu dibuat dengan bangganya sehingga membuatkan dia tidak takut dengan tindakan yang akan dikenakan terhadap dirinya.
Maka persoalannya, sejauh mana kesediaan PAS untuk mengambil tindakan terhadap Si Mahfuz Bean ni? Adakah mereka akan terus membiarkan Si Mahfuz Bean ni meroyan tak tentu arah?
ATAU, PAS sedang merangka strategi untuk 'Menceraikan' Si Mahfuz Bean tu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang apabila parti itu tidak lagi mencalonkan dia untuk terus menjadi wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Pokok Sena???
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.