Isnin, April 10, 2017

Huh! Mentang - mentang la Si Nurul Izzah tu menang Pilihan Raya pun dalam keadaan menipu dan menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional, ada hati pulak PAS nak 'Langgar' kawasan dia?

Dalam satu kenyataan hari ini, PAS sekali lagi mengulangi pendirian mereka yang mahu bertanding sebanyak 80 kerusi Parlimen termasuk dikawasan PKR sewaktu PRU yang akan datang.

Naib Presiden PAS bagaimanapun berkata, angka dan kawasan yang baru masih belum dimuktamadkan dan perincian mengenainya sedang dilakukan oleh jentera Pilihan Raya parti.

Katanya, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.
"Kerusi lain ialah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Turut hadir sewaktu sidang media itu diadakan ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin.

Menurut Idris, kerusi Parlimen Segambut dan Batu masih dikaji untuk ditandingi oleh PAS. Pada PRU13 lalu, Pas kalah hanya memperoleh 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS itu menunjukkan seolah - olah parti itu sudah cukup bersedia untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PKR.

Isu berkaitan dengan Tahaluf Siyasi parti itu dengan PKR sebelum ini menjadi perbualan hangat dikalangan ahli PAS sehingga menyebabkan ada kawasan yang membawa usul agar ianya diputuskan.

Namun, keputusan mengenai perkara tersebut hanya akan dibawa ke Muktamar Tahunan PAS untuk dibahaskan dan kemudian baru ianya ditentukan oleh kepimpinan Jawatankuasa PAS Pusat.

Persoalannya, adakah kepimpinan PAS Pusat sudah cukup bersedia untuk memutuskan hubungan dengan PKR? ATAU, adakah mereka masih BACUL untuk mengambil tindakan tersebut sedangkan dalam masa yang sama, parti itu acap kali menghina PAS secara terbuka???
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping