Selasa, April 11, 2017

Hari ni dah masuk hari ketiga Perintah Darurat dilaksanakan di Mesir. Namun ibu bapa disarankan agar jangan bimbang, kerana keadaan di sana masih aman damai. Tidak seperti yang digambarkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Khairul Anuwar bin Haji Abu Bakar, ramai yang terkeliru dengan berita yang tersebar sehingga membuatkan ramai ibu bapa menjadi gelisah.

Jelas beliau, keadaan para pelajar di Mesir pada ketika ini masih selamat dan majoriti dikalangan mereka sedang dalam persiapan untuk menghadapi peperiksaan yang akan berlansung sebulan lagi.
"Alhamdulillah. Ramai yang menghubungi saya dan menyatakan kebimbangan kerana terkeliru dengan istilah Perintah Darurat tersebut.
"Perintah Darurat tak lebih kepada suasana yang lebih tertib, kerana pihak polis jelas menambahkan kawalan keselamatan dan diberikan sepenuh kuasa untuk bertindak
"Tiada Perintah Berkurung dikenakan setakat ini. Majoriti anak2 tuan/puan saya perhatikan sedang sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan akhir yg bakal berlangsung lebih kurang sebulan dari sekarang," jelas beliau melalui status yang dikongsikan ke laman Facebook hari ini.
Dalam erti kata mudahnya, berita yang sering kali disiarkan dan disebarkan tidak semestinya betul sepertimana yang sedang berlaku dikawasan tersebut. Nak pulak dalam media sosial.

Mengulas lanjut, Khairul juga turut menjelaskan bahawa pihaknya sedang bersiap sedia untuk menyambut ketibaan para pelajar baru dari Negeri Pahang seramai 77 orang yang dijangka tiba pada 21 April nanti.
"Bagi ibu bapa atau waris pelajar baru boleh menghantar nombor telefon bagi menyalurkan sebarang maklumat atau menjawab soalan dan isu yang timbul.
"Terima kasih atas segala doa dan restu yang sangat mereka perlukan buat bekalan mereka (para pelajar) menghadapi peperiksaan dan menjalani kehidupan selanjutnya di Bumi Anbiya' ini," katanya lagi.
Ustaz Khairul Anuwar Abu Bakar adalah merupakan salah seorang Pegawai Yayasan Pahang yang bertugas di Mesir bagi menjaga keselamatan serta memastikan kebajikan para pelajar sama ada mereka dibawah tajaan Yayasan Pahang atau pun tidak.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping