Jumaat, April 14, 2017

Hahaha!!! Nampak sangat pemimin PKR ni hanya memikirkan soal kedudukan dia sendiri je. Takut tak dapat sokongan dari PAS, sanggup dia dakwa Si Rafizi tu tidak mewakili parti? Lawak sungguh!!!

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR ni membuktikan bahawa parti itu tidak mampu untuk terus kekal dalam arena Politik Malaysia tanpa sokongan daripada PAS.

Dalam erti kata mudahnya, PKR yang hanya dianggap sebagai 'Pengemis Politik' tu masih lagi memerlukan sokongan simpati murahan dari PAS untuk memastikan mereka kekal hidup.

Maka sebab itu pemimpin PKR ni sanggup mendakwa kononnya tindakan memburuk - burukkan PAS oleh Si Rafizi tu sebelum ini tidak ada sebarang kaitan dengan kepimpinan parti.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, pendedahan Ahli Parlimen Pandan itu bukan dibuat mewakili parti dan ia tidak seharusnya memberi impak kepada tahaluf siyasi dengan PAS.
"Dia Ahli Parlimen Pandan, dan kalau dia nak dedahkan apa pun, itu ialah hak dia. Sama ada dari Invoke, atau parti, kalau dia nak buat, dia Ahli Parlimen Pandan, dia boleh dedahkan apa maklumat yang dia ada.
"Ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi dengan PAS atau sebagainya," ujarnya ringkas.
Soalnya, bagaimana mungkin Si Rafizi tu tidak mewakili PKR sedangkan sebelum ini tidak ada seorang pun pemimpin parti itu yang tampil mempertahankan PAS terhadap dakwaan yang dilakukannya?

Kenapa pemimpin PKR semuanya hanya mendiamkan diri dan berpeluk tubuh apabila Si Rafizi tu cuba nak memburukkan imej PAS dengan membuat dakwaan sedemikian secara terbuka?

Tidakkah itu membuktikan bahawa kepimpinan PKR secara keseluruhannya menyokong tindakan Rafizi untuk memburukkan imej PAS secara terbuka melalui pendedahan yang dilakukan?

Pokok pangkalnya, pemimpin PKR yang mendakwa kononnya pendedahan Rafizi tu takde kaitan dengan parti hanya sekadar alasan mereka untuk menyelamatkan kedudukan masing - masing.

Tapi apa yang pasti, tindakan Si Rafizi tu merupakan satu Penghinaan yang cukup nyata terhadap PAS dengan memberikan gambaran bahawa PAS merupakan sebuah parti yang sanggup menjual maruah demi untuk menerima habuan daripada orang lain!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pkr perlu memikirkan sesuatu supaya org macam rafizi tak lgi jdi pemimpin parti..merugikan parti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping