Khamis, Mei 18, 2017

Heh! Nampak gayanya, pandai jugak Si Wan Azizah tu mengambil kesempatan semasa ketiadaan Si Azmin tu dalam mesyuarat Biro Politik PKR baru - baru ni ya. Tak sangka dia seberani itu.

Time orang tu takde, boleh la Si Wan Azizah tu nak buat sesuka hati dia ya tak. Cuba kalau Azmin turut hadir dalam mesyuarat tu. Berani ke tidak Si Wan Azizah tu nak buat keputusan?

Apa yang jelas, tindakan Presiden PKR tu bukan hanya untuk memberi tekanan kepada pucuk pimpinan PAS Pusat semata - mata. Tetapi turut menyindir Si Menteri Besar Selangor tu.

Perkara itu seperti mana yang dijelaskan oleh sahabat blogger, Badut Rakyat menerusi artikelnya yang bertajuk, Kantoi !!! #WanAzizah Sindir #Azmin Kaw Kaw !!! semalam.

Katanya, keputusan yang dibuat oleh Biro Politik PKR itu adalah untuk membuatkan Si Menteri Besar tu buka mata dan sedar akan kelemahan dirinya dalam pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.

Dari satu sudut, keputusan yang dibuat melalui mesyuarat Biro Politik PKR itu secara tidak lansung meletakkan Azmin dalam keadaan dilema dan semakin bertambah celaru kerana takut hilang kuasa.

Ketua Bahagian UMNO Ampang turut menyifatkan ke-GAGAL-an Mohamed Azmin membuat keputusan dalam memecat Exco Pas menunjukkan kelemahannya kerana terlalu sayangkan jawatan.
“Keadaan ini juga sebenarnya menunjukkan kelemahan Azmin dalam membuat pendirian, sekarang ini beliau hanya memikirkan jaminan jawatan yang dipegangnya sekarang ini.
“Tanpa sokongan Pas, beliau (Azmin) pasti sukar untuk mengekalkan kuasanya dan membantu kroni-kroninya di Selangor semakin kaya,” kata Ismail dalam satu kenyataan.
Pokok pangkalnya, memang betul la Si Menteri Besar Selangor tu sekarang berada dalam keadaan Paranoid selepas PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi dengan PKR.
Dan benar juga telahan yang dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini yang menganggap tuduhan liar yang dilemparkan oleh pemimpin PKR terhadap PAS adalah untuk menjahanamkan Azmin.

Sekaligus, tindakan itu juga memberikan gambaran yang cukup jelas bahawa kemelut kepimpinan yang sedang hangat melanda PKR pada ketika ini menjadi semakin bertambah kronik.

Mungkin didepan mata Si Azmin sekarang mula terbayang bagaimana penyokong - penyokong Kem Wan Azizah sedang ketawa berguling - guling atas lantai kerana kebodohan dirinya. Maka sebab itulah dia ambik keputusan untuk keluar Negara seberapa kerap yang mungkin!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping