Jumaat, Mei 12, 2017

Hari ini secara rasminya PAS dan PKR bercerai dari mengadakan sebarang hubungan kerjasama Politik bagi peringkat Pusat walaupun sudah sekian lama ianya cuba dipertahankan.

Hakikatnya bagi sesetengah pihak, hubungan kerjasama diantara kedua - dua parti itu telah lama putus. Namun masih ada dikalangan pemimpin mereka yang enggan menerima hakikat tersebut.

Ianya boleh dilihat dengan jelas apabila PKR seringkali membelakangi PAS yang kerap menjadi mangsa serangan DAPigs dan PAN apabil parti itu dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

Malah ada juga dikalangan pemimpin PKR yang turut serta menyerang PAS secara terbuka dengan melabelkan parti itu sebagai Pengkhianat kepada Pakatan dan tidak lagi boleh dipercayai.

Bahkan keadaan itu bertambah buruk apabila PAS juga dituduh sebagai sebuah parti yang mudah dibeli dengan sogokan habuan dana kewangan serta sering bersekongkol dengan UMNO.

Maka tak hairan la kenapa hari ini, PAS yang telah mengadakan mesyuarat Majlis Syura membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik diantara mereka dengan PKR.

Keputusan berkaitan dengan pendirian terkini PAS itu telah dimaklumkan oleh Setiausaha Majlis Syura PAS dalam satu sidang media selepas jawatankuasa tertinggi PAS itu selesai bermesyuarat hari ini.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan keputusan untuk "menceraikan" PKR itu adalah berlandaskan kepada tindakan parti tersebut yang sering melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi, termasuk menentang RUU 355.
"Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
"Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS," jelas kenyataan itu mengenai tingkah laku PKR yang menjejaskan perjuangan PAS sebelum ini.
Muktamar PAS yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut baru-baru ini sebulat suara menyokong padu usul memutuskan hubungan politik dengan PKR yang dianggap bertentangan dengan prinsip PAS dan hukum-hakam Islam.

IRONIKnya ialah apabila keputusan untuk 'Bercerai' dengan PKR itu diumumkan pada hari UMNO menyambut Ulangtahun yang ke - 71 hari ini. Jadi, jangan heran kalau lepas ni ada pulak yang meroyan dan membuat dakwaan kononnya keputusan PAS itu dibuat sebagai 'Hadiah' kepada UMNO!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping