Selasa, Mei 23, 2017

Ahli baru DAPigs, Si Zaid Al-Araki ni memberikan bayangan jalan yang diambil PKR sekarang ini tidak akan membawa Pakatan Haprak tu menuju kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Menjawab kenyataan Rafizi Ramli yang menuduh Zaid mempunyai masa lalu yang “turun naik”, bekas ahli PKR itu membalasnya dengan twit yang seakan mahu menyedarkan pemimpin PKR.
“Hanya kerana saya tidak fikir yang Anwar boleh memenangkan pembangkang pada pilihan raya nanti tidak bererti sia-sia sahaja kerjaya saya”.
Beliau menambah: “Rafizi kata saya mempunyai kerjaya politik yang turun naik. Mengapa? Mestikah saya masuk penjara untuk jadi hero?
“Kalau Rafizi masa depan Malaysia, kita sebenarnya tidak mempunyai masa depan. Beliau seorang lelaki yang pedas terhadap sesiapa yang tidak sependapat dengannya.”
Rafizi menegur Si Zaid Al-Araki itu mengenai kritikannya secara terbuka terhadap pembangkang berhubung isu calon perdana menteri sekiranya Pakatan Haprak tu menang PRU ke 14.

Tambah IRONIKnya ialah apabila Ahli Parlimen Pandan itu juga meminta agar Si Zaid Al-Araki yang baru sahaja menyertai DAPigs pada Februari, supaya lebih diplomatik semasa mengkritik.

Rafizi juga secara tidak lansung menyebut mengenai kewujudan Zaid semasa menjadi ahli PKR telah menjadi punca kepada kekacauan dalam parti yang kini dibawah pimpinan Wan Azizah.

Awal hari ini, Si Zaid Al-Araki tu juga dalam catatan blog memberi pandangan mengenai tindakan ahli PKR yang dipamerkan sewaktu mengadakan Kongres Nasional parti itu semalam.
“PKR mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri ke-7, dan tak cukup dengan itu, mengumumkan presiden Dr Wan Azizah sebagai ‘pemanas kerusi’ sementara menunggu Orang Yang Terpilih bersedia mengambil takhta,” katanya.
Zaid menyifatkan tindakan PKR itu sebagai satu tindakan yang ANGKUH kerana memilih calon Perdana Menteri sedangkan puak Pakatan pembangkang itu belum menang sebarang kerusi.

Malah Zaid juga berkata PKR tidak memperlihatkan kehalusan apabila mengangkat plakad “Anwar PM ke-7” dan “tidak menghormati Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang hadir”.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Masing2 ada agenda nk jdi pm. Jawatan jua yg dihambat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping