Selasa, Mei 23, 2017

Heh! Tanpa disedari, tindakan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysiaitu baru - baru ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat puak Pakatan Haprak tu secara tidak lansung.

Nak pulak bagi penyokong PKR yang selama hari ini seringkali mendakwa Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator yang telah menzalimi Si Ketua Penipu tu pada tahun 1998.

Biarpun ada dikalangan penyokong tegar Si Ketua Penipu tu masih lagi menyimpan sikap skeptikal terhadap bekas Perdana Menteri itu, namun tindakan Tun Mahathir itu merupakan satu sindiran.

Mana tidaknya. Sejak sedekad yang lalu puak PKR itu menuduh Tun Mahathir berkonspirasi dengan pihak berkuasa untuk menganiayai Si Ketua Penipu tu dengan memecatnya.

Si Ketua Penipu tu telah digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO ekoran wujudnya dakwaan kononnya dia terlibat dengan aktiviti seks songsang.

Enggan menerima pengguguran jawatan itu, Si Ketua Penipu tu kemudiannya mewujudkan gerakan Reformasi dan menjadikan Tun Mahathir sebagai 'Musuh Umum Nombor Satu' di Malaysia.

SEPULUH TAHUN, gambaran yang diberikan oleh mereka menunjukkan seolah - olah Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin yang 'Ego Maniac' dan Gilakan Kuasa semata - mata.

SEPULUH TAHUN mereka melabelkan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang kejam dan zalim sehingga sanggup menyelewengkan kuasa yang ada untuk menghukum Si Ketua Penipu tu.

SEPULUH TAHUN, puak penyokong tegar Si Ketua Penipu yang disabitkan dengan jenayah LIWAT itu menabur fitnah terhadap Tun Mahathir. Tetapi hari ini, mereka jilat balik ludah mereka sendiri.

Hari ini, mereka terpaksa mengadai maruah demi meraih sokongan Politik Murahan dari orang yang pernah dilabelkan sebagai seorang 'Penyangak Politik', 'Diktator Zalim' dan 'MahaFiraun'.

Itu membuktikan bahawa PKR ni merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai maruah. Dan jika hari ini diorang sanggup jual maruah diri mereka, tak heran jika satu hari nanti diorang sanggup jual maruah Negara kepada orang luar pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Madey dn pkr berpisah jua...itu satu kemungkinan besar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping