Hahaha!!! Nampak gayanya ke-MAKSUM-an Si Rafizi ni dah semakin pudar apabila tindakan dia pulak yang dijadikan sebagai bahan pertikaian dan dipersoalkan oleh anak buah diperingkat bawahan.
Jika sebelum ini, Si Rafizi tu sering kali tampil membuat dakwaan dan mencipta spekulasi terhadap orang lain tanpa mengira dari mana mereka datang. Asalkan bukan kroni dia, habis dia balun.
Dan yang terbaru, Si Rafizi tu sibuk buat desakan terhadap Anak Ikan Si Mak Lampir tu supaya dia mengisytiharkan hartanya kepada umum apabila dikaitkan dengan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
Tapi kali ini, giliran Si Rafizi tu pulak dipertikaikan mengenai kutipan dana untuk menggerakkan jentera propagandanya yang berselindung disebalik wajah NGO yang telah dicipta sebelum ini.
Seperti mana yang semua orang sedia maklum, Si Rafizi ni turut mengetuai beberapa NGO ciptaannya sendiri yang menjalankan kerja propaganda Pakatan Haprak tu seperti INVOKE dan NOW.
Antara lain, tugas NGO yang dipimpin oleh Si Rafizi tu adalah untuk mencetuskan spekulasi serta menyebarkan persepsi buruk terhadap pentadbiran Kerajaan serta pihak yang tidak menyebelahinya.
Dari apa yang diceritakan, modus operandi NGO pimpinan Si Rafizi tu mendapat dana kewangan dari kutipan derma orang ramai yang menyokong gerak kerja 'Pakar Strategi PKR' tu.
Maka atas sebab itu, Anak Ikan Si Mak Lampir tu mempertikailkan mengenai kutipan derma yang dikumpul oleh Si Rafizi dan mempersoalkan berapa jumlah yang telah diterimanya.
Kata Si Anak Ikan Mak Lampir tu, kebimbangan terbesar terhadap kutipan dana secara besar - besaran daripada orang ramai bagi NGO Invoke dan NOW adalah hasil koleksi wang secara berterusan.
"Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.
"Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap Keadilan dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, saya menyeru Rafizi Ramli mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini:
"i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.
ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini
iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.
Bahkan kata Si Anak Ikan Mak Lampir itu lagi, sekiranya Rafizi GAGAL untuk memenuhi tuntutan tersebut, maka tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap Ahli Parlimen Pondan itu.
Dalam erti kata lainnya, tuntutan yang dibuat oleh Si Anak Ikan Mak Lampir tu terhadap Rafizi membuktikan bahawa memang wujud kepincangan dikalangan pemimpin PKR ni sebenarnya.
Bahkan, pemimpin parti itu tidaklah se-MAKSUM dan se-SUCI seperti mana yang digambarkan selama hari ini. Bila kena bab orang, bukan main lagi diorang berkokok siang dan malam. Tapi bila diorang sendiri buat, pandai pulak diorang mendiamkan diri!!!
Fizi semakin kantoi. Hayat politik tukang fitnah kian malap.
BalasPadam