Isnin, Mei 22, 2017

Peletakkan jawatan Zuraida Kamaruddin selaku Ketua Wanita PKR tidak mengejutkan, susulan kontroversi yang sedang berlaku dalam parti itu melibatkan kes penyelewengan yang didakwa membabitkan orang kanan beliau.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau melihat Zuraida yang sudah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal banyak terjerumus dengan isu-isu yang tidak sihat selain dipertikaikan oleh ahli-ahli sendiri.
"Melihatkan diri Zuraida ini sebagai wakil rakyat Ahli Parlimen Ampang yang sudah dua penggal, terjerumus banyak didalam perkara-perkara yang tidak sihat, dan dipertikaikan oleh ahli-ahli mereka sendiri.
"Kita lihat Adam ini jelas sebagai pembantu beliau walapun beliau menafikan yang Adam ini bukan daripada pegawai khas beliau, tetapi gerak kerja, program dan kemana sahaja Zuraida pergi ada sahaja Adam.
"Ini menunjukkan yang Adam ini adalah 'budak' Zuraida, kalau melihat daripada kekayaan Adam sebagai budak, sudah pasti kalau budak ada seringgit, bosnya ada seratus ringgit," katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.
Zuraida sebelum ini, menafikan bahawa pemimpin muda PKR Datuk Adam Rosly Abdullah merupakan pegawai khas dan menjadi orang perantara yang menerima komisen bagi projek-projek di Selangor yang melibatkan beliau dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Malah katanya, Adam hanya memegang jawatan sebagai Ketua AMK Ampang selepas dipilih sewaktu pemilihan parti, dan pemimpin muda itu tiada kaitan dengan jawatan politik lain.

Malah Jamal juga tidak menolak kemungkinan, ini merupakan satu taktik daripada Ahli Parlimen Ampang itu meraih undi simpati dan mengelakkan mendapat tekanan daripada akar umbi atas tuduhan-tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan beliau.
"Jadi, beliau ini terjebak dengan pelbagai masalah seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya dan mendapat tekanan yang cukup kuat daripada akar umbi, terutamanya wanita PKR sendiri,
"Jadi untuk mengelakkan diri daripada terjerumus daripada tuduhan tersebut dan ingin menarik simpati kepada penyokong-penyokong beliau untuk terus bertanding sebagai ahli Parlimen Ampang, jadi beliau melepaskan jawatan sebagai ketua wanita PKR" ujar beliau.
Zuraida dalam Kongres Nasional tahunan Wanita PKR minggu lalu menyatakan hasrat beliau untuk tidak bertanding didalam pemilihan PKR yang akan datang.

Peletakkan jawatan Zuraida diumumkan ketika pembantunya, Adam Rosly didakwa terlibat dalam kes salahguna kuasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping