Alahai!!! Kesiannya la dengan budak - budak AMK ni ye tak. Dah la diorang tak dilayan. Dah dituduh pulak cemburu buta. Memang malang sungguh nasib yang menimpa bebudak AMK ni ye.
Jika sebelum ini, Timbalan Anak Muda Kecoh PKR ni cuba menyindir pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu agar mengikut jejak langkah Rejim DAPigs di Pulau Pinang.
Kata dia, wakil PAS masih lagi dijemput hadir ke mesyuarat Pra MMKN dan mengekalkan jawatan wakil tunggal parti itu dalam pentadbiran walaupun hubungan Politik mereka diputuskan.
Namun kenyataan yang dibuat Timbalan Ketua AMK itu seolah - olah tidak dilayan oleh Si Menteri Besar Selangor tu. Sebaliknya, dia mendakwa ada orang cemburu dengan pentadbiran pimpinannya.
Si Menteri Besar Selangor tu nggan menyatakan pendiriannya berhubung saranan AMK Pulau Pinang yang meminta dia mengekalkan tiga orang exco PAS dalam Rejim Pakatan Selangor.
"Mereka sebenarnya cemburu. Cemburu bukan datang dari luar, dari dalam parti pun ada. Cemburu untuk kebaikan parti, tidak mengapa," kata Mohamed Azmin di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12, di sini, hari ini.
Pokok pangkalnya, Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah cuba lari dari persoalan mengenai isu yang kini sedang hangat melanda pentadbiran Rejim dibawah kepimpinannya sendiri.
Apa yang jelas, kenyataan Si Menteri Besar Selangor itu menunjukkan sifat Paranoidnya yang cuba menyembunyikan kelemahan dirinya dalam menjalankan pentadbiran. Maka atas sebab itu dia cuba mencipta spekulasi dan membuat dakwaan yang bukan - bukan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.