Selasa, Mei 23, 2017

Seramai 10 orang muka baharu termasuk pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor dilantik sebagai duta siri ke-2 bagi program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pengumuman itu dibuat Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang berharap pelantikan baharu itu akan mengalakkan lebih ramai golongan muda menjadi sebahagian daripada TN50.
“TN50 bukan propaganda kerajaan tetapi aspirasi rakyat. Barisan baharu yang ada ini diharapkan dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai terutama belia,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Khairy, 700,000 belia terlibat menerusi pelbagai program dan pendekatan dengan lebih daripada 30,000 harapan dan aspirasi dapat dikumpulkan.

Selain Neelofa, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup; pemuzik Gabriel Fairuz Louis; pakar fatwa, Datuk Izhar Afiff; Pengurus Eksekutif (Operasi) ABIM, Jufitri Joha; pengasas JuaraGym, Ben Uzair; artis seni halus, Anniketyni Madian; usahawan Juliana Lim dan Esther Michael serta aktivitis marin Nadhirah Mohd Rifai.

Pelantikan ini merupakan siri ke-2 duta selepas 13 duta termasuk bekas pemain skuasy negara, Sharon Wee Ee Lin telah dilantik pada 14 April yang lalu.

Khairy juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka melancarkan TN50 – Lingkaran Masa Depan pada 26 Mei ini di mana maklum balas yang dikumpulkan akan dibincang dan dipilih oleh pakar bagi menjadikannya aspirasi nasional.

TN50 juga merupakan satu langkah inisiatif untuk merancang masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050 yang dilancarkan YAB Perdana Menteri awal tahun ini.

Pada sidang media sama, Neelofa berterima kasih kepada Khairy atas pelantikan itu dan percaya mampu membantu mempromosikan TN50 dalam kalangan peminatnya menerusi media sosial.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping