Selasa, Mei 23, 2017

Kalau peribahasa biasanya, orang sebut 'Tong Kosong'. Tapi Tong Kosong besar sangat. Maka perumpamaan yang paling sesuai diberikan kepada puak PKR ni adalah 'Tin Kosong' je.

Tin Kosong ni kalau diketuk, bunyinya nyaring, tapi takde la kuat sangat. Setakat bising je lebih tapi kesannya takde lansung. Serupa macam orang yang suka bercakap dalam kelambu.

Jika sebelum ini, bukan main kecoh lagi puak PKR tu buat pengumuman mendesak agar seluruh kepimpinan PKR Kelantan meletakkan jawatan lantikan Politik yang mereka terima.

Keputusan itu dibuat sebaik sahaja Biro Politik PKR selesai mengadakan mesyuarat tergempar selepas PAS memutuskan semua hubungan kerjasama Politik dengan parti itu sebelum ini.

Malah, Wan Azizah selaku Presiden PKR juga turut menegaskan bahawa keputusan diatas desakan yang dibuat terhadap pemimpin PKR Kelantan itu perlu dilaksanakan secara serta merta.

Namun malangnya, sehingga ke hari ini, Rejim PAS Kelantan melaporkan bahawa mereka masih belum menerima sebarang surat perletakkan jawatan dari mana - mana pemimpin yang berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, menyatakan bahawa Rejim PAS Kelantan masih membuka ruang kepada ahli PKR yang menjawat jawatan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
"Setakat ini kita tidak terima apa-apa hitam putih termasuk daripada wakil PKR yang sudah mengangkat sumpah di beberapa majlis daerah,” katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.
Dalam erti kata mudahnya, kenyataan yang dibuat oleh wakil Rejim PAS Kelantan itu membuktikan bahawa keputusan PKR sebelum ini hanya sekadar 'Gempak' je. Menyalak je beria diorang ni. Tapi hakikatnya, bila dah dapat jawatan, mana mungkin diorang akan serah balik!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping