Jumaat, Mei 26, 2017

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mempersoalkan penglibatan seorang pemimpin DAPigs Subang yang terlibat dalam penganjuran Kempen LGBT anjuran Universiti Taylor yang sudah dibatalkan baru-baru ini.

Naib Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Setiausaha Organisasi DAPSY Subang, Numan Afifi terlibat dalam penganjuran program Courage In The Face Of Adversity.

Program yang dijadualkan di Subang Jaya itu menyokong golongan homoseksual dimana Numan juga merupakan presiden penaja kepada Pelangi Campaign, sebuah pergerakan memperjuangkan hak-hak LGBT.
“Untuk rekod, presiden penaja kepada Pelangi Campaign ialah saudara Numan Afifi yang juga merupakan Setiausaha Organisasi DAPSY Subang.
“DPPM turut mempersoalkan adakah parti DAP turut sama merestui LGBT memandangkan keterlibatan setiausaha organisasi DAPSY Subang di dalam gerakan Pelangi Campaign ini?
“Jika benar, apakah pula pandangan rakan-rakan DAP di dalam Pakatan Harapan?” kata Fadhli dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam masa yang sama, DPPM juga katanya turut memberi amaran supaya Pelangi Campaign tidak melampaui batas dan menegaskan bahawa kebebasan hak asasi manusia ada batasnya.
“DPPM ingin mengingatkan kepada Pelangi Campaign bahawa kebebasan hak asasi manusia ada hadnya di dalam Islam.
“Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan wajib meletakkan sistem nilai Islam sebagai keutamaan apatah lagi apabila bertembung dengan isu transgender yang jelas mempunyai kaedah tersendiri di dalam Islam untuk menanganinya,” katanya lagi.
Kempen itu yang dijadualkan berlangsung semasa umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan dan bakal menayangkan filem pendek serta perarakan LGBT di dalam kampus universiti swasta terbabit pada 6 hingga 8 Jun ini.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya bimbang terhadap respon Pelangi Campaign yang mana ia seolah-olah menggalakkan lagi dan menyokong berlakunya perkara bertentangan dengan agama di negara ini.
“Menganjurkan program seperti itu yang antara acaranya ialah Perarakan LGBT sekaligus menyemarakkan budaya buruk dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi pintu kepada penyuburan homoseksual di negara ini,” katanya.
Menurut Fadhli lagi, tindak-tanduk pemimpin DAPigs yang terlibat dalam aktiviti sedemikian menimbulkan persoalan sama ada Pakatan boleh diharap dalam menjaga kesucian agama Islam.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping