Sabtu, Mei 27, 2017

Hahaha!!! Di malam menjelang bulan Ramadan ni pun sempat lagi Si Rafizi ni 'Bergurau' kasar dengan Si Mak Lampir tu secara terbuka dilaman twitter ya? Memang kelakar betul peel diorang ni.

Nampak sangat permusuhan diantara Si Mak Lampir dengan Si Rafizi tu benar - benar membuktikan bahawa terdapat keretakan dalam hubungan sesama pemimpin dikalangan PKR tu sendiri.

Dan kali ini, ianya melibatkan kemewahan yang dimiliki oleh Si Mak Lampir tu yang menjadi bahan pertikaian sehingga menyebabkan Si Rafizi tu tampil menyindir dia secara terbuka.

Jika sebelum ini, Si Mak Lampir tu cuba nak mendedahkan 'Kesucian' dirinya dengan membuat pengakuan terbuka terhadap kekayaan serta kemewahan yang dimilikinya pada ketika ini.

Selama ini Si Mak Lampir tu sering kali tampil menafikan dakwaan kononnya dia memiliki koleksi kenderaan mewah sedangkan dia sebelum ini hanya berniaga menjual buah - buahan dipasar borong je.

Maka, atas sebab itu Si Mak Lampir tu membuat pengakuan dan mendakwa bahawa kenderaan mewah yang dimilikinya itu adalah hasil daripada jawatan yang disandang sebagai seorang Ahli Parlimen.
“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya dipetik Sinar Harian.
Dari kenyataan Si Mak Lampir tu secara tidak membuktikan bahawa dia nak menjadi Ahli Parlimen kerana dapat memiliki AP untuk membeli kenderaan mewah, bukannya nak perjuangkan hak rakyat.

Mungkin atas sebab itu pengakuan Si Mak Lampir tu disindir oleh Si Rafizi yang mengaku dirinya bodoh kerana tidak menggunakan AP tersebut untuk membeli kereta mewah melalui status dilaman twitternya.
Apa yang jelas, tindakan Si Rafizi tu membuktikan bahawa kemelut Politik PKR bukan sahaja wujud, bahkan konflik kepimpinan parti itu berada dalam keadaan yang sangat kronik. Sesama sendiri pun diorang bergaduh, macam mana nak mentadbir Negara kalau gitu gayanya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping