Jumaat, Mei 05, 2017

Hah! Baru semalam kita cerita pasal kecelaruan yang sedang melanda PKR sehingga menyebabkan mereka terpaksa MENIPU diri mereka sendiri untuk mengelirukan rakyat secara keseluruhan.

Hari ini, kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre membuktikan bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan yang sangat kronik sekiranya benar PAS memutuskan hubungan Politik dengan PKR.

Katanya, PKR lebih banyak menerima impak negatif kesan daripada keputusan yang telah dibuat sewaktu Muktamar PAS yang menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pengurus Penyelidikan badan kajian itu, kesan itu bukan sahaja terkena kepada PKR, malah parti sekutu baru mereka dalam Pakatan Haprak, PPBM juga turut menerima impak yang sama.
“Jika PKR dengan Pas memutus hubungan, ia bukan sahaja merugikan kedua-dua pihak, malahan turut menjejaskan Bersatu untuk memenangi beberapa kerusi di Selangor,” katanya kepada Oriental Daily.
Malah menurutnya lagi, dengan pertembungan tiga penjuru, selain ianya melibatkan kerusi DUN, pertembungan itu juga turut membabitkan kerusi Parlimen yang ada di Selangor pada ketika ini.
“Adalah diramalkan lebih separuh kerusi parlimen milik PKR akan terjejas. Parti itu sukar mempertahankan kerusi mereka sama ada DUN ataupun parlimen dalam PRU kali ini,” katanya.
Seorang lagi penganalisis politik pula berkata, kedudukan PKR di Selangor tidak syak lagi boleh tergugat kerana pengaruh PAS yang wujud di negeri itu tetap tidak boleh dipandang ringan.
“Sekiranya PAS meletak calonnya di semua kerusi yang ditandingi oleh PKR, tentu sekali sokongan yang diberikan kepada calon PKR sebelum ini sedikit sebanyak akan beralih kepada calon PAS.
“Selain itu, perpecahan dalaman yang berlaku dalam PKR turut dikatakan akan menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terjejas.
“Difahamkan Azmin masih memerlukan PAS sedangkan kajian simulasi yang dilakukan Invoke di bawah kendalian Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menunjukkan mendapati PAS tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam PRU14 sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru. Inilah konflik yang wujud dalam PKR ketika ini,” kata Hong Siang.
Dapatan daripada Merdeka Centre dan pendapat beberapa penganalisis politik itu hampir sama dengan hasil kajian Zaaba Institute for Leadership (ZIL) yang beranggapan bahawa Azmin bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU ke 14 nanti!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping