Selasa, Mei 16, 2017

Hanya kerana tidak dapat menghadirkan diri pada istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas baru-baru ini menyebabkan peruntukan untuk Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dikatakan disekat oleh kerajaan negeri.

Dr Norlela dalam laman sosial Facebooknya melahirkan rasa bimbang apabila peruntukan untuk kawasannya ditahan atau ditarik balik sehingga September 2017 yang mana tarikh dijangka berlaku PRU14.

Difahamkan, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan dalam mesyuarat pimpinan PKR Pulau Pinang pada 12 Mei lalu.

Dalam tulisan di laman Facebooknya Dr Norlela berkata, dia hanya menuruti arahan pimpinan parti supaya terus berada pada Konvensyen PKR yang diadakan pada 29 April di Seberang Jaya.
“Saya ikut arahan pimpinan untuk kekal di Konvensyen PKR Pulau Pinang dan hanya Exco, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Presiden PKR yang pergi ke majlis rasmi berkenaan.
“Sebab pimpinan-pimpinan PKR seperti Naib Presiden, Nurul Izzah, Rafizi dan naib-naib presiden akan berucap selepas perasmian dan kami wakil rakyat biasa yang tak ada jawatan diminta kekal sebagai hos supaya masih ada Adun PKR Pulau Pinang yang berada di konvensyen berkenaan,” tulisnya, malam semalam.
Dalam tulisannya juga, Dr Norlela bimbang disebabkan tiada lagi peruntukan di kawasannya akan mengganggu semua perancangan yang dilakukan untuk program Ramadan dan sambutan Hari Raya kerana perlu simpan duit yang terhad untuk kecemasan sahaja.
“Disebabkan peruntukan ini ditahan, saya tidak dapat menyalurkan bantuan kecemasan kepada orang susah, tidak dapat memberi sumbangan untuk aktiviti yang diadakan di dalam kawasan selain membantu mereka yang ingin membuat majlis berbuka puasa, moreh dan lain-lain,” katanya.
Dr Norlela juga berkata, peruntukan untuk pasukan briged wanita pada tahun ini juga tiada dan kebiasaannya peruntukan diterima akan digunakan untuk elaun dan duit minyak anggota briged wanita yang membantu mencari golongan wanita di kawasannya untuk menyertai program diadakan seperti pemirkasan mamogram, ziarah rumah ke rumah, Foodbank selain membantu melakukan kaji selidik lapor Sinar
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping