Selasa, Mei 16, 2017

Percaya atau Tidak, walaupun PAS semalam mendakwa yang diorang tidak akan menghantar wakil untuk menyertai Kongres PKR, Si Mahfuz Bean ni tetap akan tunjuk muka dia nanti.

Hakikatnya, perkara seperti itu sememangnya sudah boleh diduga memandangkan Si Mahfuz Bean tu sejak kebelakangan ini dianggap sebagai 'Barua Pakatan' yang kekal didalam PAS.

Malah Ahli Parlimen PAS Pokok Senan itu juga turut pernah dilabelkan dengan gelaran 'Harumanis' yang kulit luarnya berwarna 'Hijau' sementara isi didalamnya pula berwarna 'Oren'.

Cuma kali ini, Si Mahfuz Bean tu lagi merasa 'Kesipuan' walaupun pada hakikatnya dia tidak mendapat jemputan. Berbeza dengan ketika dia disoal mengenai kehadiran di Muktamar PAS sebelum ini.

Pada ketika itu, Si Mahfuz Bean tu kata dia tidak hadir kerana tidak mendapat jemputan dari pucuk pimpinan parti dan enggan merasa kesipuan sekiranya dia berada didalam dewan.

Tapi kali ini, sifat kesipuan Si Mahfuz Bean tu sudah pasti dapat diketepikan. Dia akan merasa seperti berada dirumah sendiri ketika dikelilingi oleh rakan - rakan susah dan senangnya.

Jika sebelum ini, PKR menyatakan bahawa pihak mereka sudah menghantar surat jemputan kepada PAS sebelum Majlis Syura parti itu memutuskan kerjasama Politik dengan parti itu.

Katanya, walaupun jemputan itu dibuat awal dari mesyuarat MSU PAS, namun sehingga kini parti itu masih tidak memberikan sebarang jawapan sama ada mereka akan hadir atau sebaliknya.
"Pada masa itu kita hantar jemputan melalui kurier kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung...semakan saya sehingga pagi tadi, kita belum dapat pengesahan hadir.
"Kita hantar sebelum Majlis Syura putuskan dan statusnya sekarang Majlis Syura sudah putuskan, jadi kita masih semak lagi. Semakan itu belum ada jawapan.
"Pada masa persiapan, hubungan itu masih ada, masa itu kita hantar, jadi bila sudah hantar, kita semak tapi mereka belum bagi jawapan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.
Apa yang jelas, kenyataan itu dilihat sebagai satu bentuk serangan terhadap PAS dengan memberi gambaran seolah - olah PAS sudah membuat keputusan sebelum Majlis Syura bermesyuarat.

Kiranya PKR cuba menimbulkan persepsi terhadap PAS yang dianggap sebagai sebuah parti yang Sombong dan Angkuh serta mereka tidak menghormati Majlis Syura sebagai badan tertinggi dalam parti itu sendiri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping