Sabtu, Jun 17, 2017

Heh! Nampak sangat yang kedua - dua parti ni memang suka buat kerja pandir. Yang satu berada dalam keadaan kekeliruan sehingga Presiden parti tu sendiri dianggap sebagai 'Tunggul Kayu'.

Yang satu parti lagi berada dalam keadaan yang sangat mengelirukan apabila mereka baru nak berjinak - jinak dalam Pakatan sehingga kekeliruan itu mengelirukan diri mereka sendiri.

Memang pening kepala melayan kerenah puak Pakatan Haprak ni. Entah sampai bila la gamaknya diorang yakin tindakan mereka lakukan itu dapat mengelirukan rakyat secara terbuka.

Jika semalam, Ketua Penerangan PPBM menyatakan kekeliruan berhubung pendirian PKR yang didakwa sering berdolak dalih berhubung isu perlantikan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan.

Katanya, tindakan pemimpin PKR yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantik bekas Perdana Menteri itu membayangkan kekeliruan yang dihadapi parti tersebut.
"Saya tidak tahu, saya agak keliru, tidak pasti... Sama ada PKR setuju atau tidak, (cadangan) dengan Dr Mahathir sebagai pengerusi," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Dalam masa yang sama, kepimpinan PKR dilihat seolah - olah cuba nak menutup kemaluan diri mereka sendiri apabila ada yang menyatakan persetujuan diatas isu perlantikan tersebut.

Menurut laporan yang disiarkan, salah seorang pemimpin parti itu menjelaskan bahawa kepimpinan partinya sedang berada dalam keadaan cemas untuk membuat pengumuman tersebut.

Katanya, laporan berhubung keputusan Biro Politik PKR yang menerima cadangan terhadap perlantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai Pengerusi Pakatan adalah sebagai tidak tepat.

Dari kenyataan yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa PKR seolah - olah tidak mahu menjilat ludah mereka sendiri terhadap kepimpinan Tun Mahathir sewaktu mentadbir Negara.

Hakikatnya, PKR diwujudkan atas dasar kebencian terhadap Tun Mahathir yang dianggap sebagai seorang pemimpin 'Diktator' yang telah memerintah Negara dengan 'Kejam' dan 'Zalim'.

Sifat kebencian yang ditujukan kepada bekas Perdana Menteri itu muncul setelah pemimpin kesayangan PKR, Si Ketua Penipu tu dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.

Maka tak hairan la kenapa hari ini, PKR menjadi sebuah parti yang kucar kacir sehingga menyebabkan pemimpin serta ahli parti itu terperangkap dalam kekeliruan pucuk pimpinan yang hanya sekadar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Eehhh mana ade keliru... silap tu.. cuma blur aje dari Pengerusi.. Presiden.. Exco Tertinggi dan ahli.. blur sikit aje... dah biasa jadi tunggul kayu nie.. tunggu masa kena bakar aje... rakyat yang sokong pun blur jugak...

    BalasPadam
  2. memang keliru...sedap belakang ke depan....keliru sungguh pokcik.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping