Sabtu, Jun 10, 2017

Kalau diikutkan logik, takde apa sangat yang nak dihairankan dengan tindakan puak Pakatan Haprak ni. Nak pulak kalau ianya melibatkan Si Ketua Penipu tu. Macam - macam yang diorang boleh lakukan.

Malah diorang boleh memanipulasikan kenyataan untuk mengelirukan rakyat demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Dan ianya bukan satu perkara yang baru.

Namun, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meragui sikap pembangkang yang pantang ada laporan Sarawak Report (SR) cepat-cepat mereka mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan.

Ia termasuk pihak peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menunggu lama dan bertindak memfailkan saman pemula semalam berdasarkan laporan SR berkaitan wang RM9.5 juta.

Terdahulu, SR mendakwa peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya menerima bayaran RM9.5 juta dalam kes liwat II antara Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan.
“Saya meragui, ada kepentingan dan tujuan tertentu. Ia mungkin boleh mendatangkan kerosakan atau huru hara kepada negara,” kata Musa dalam satu sidang media hari ini.
Musa juga mempersoalkan tindakan pembangkang yang memperbesarkan isu tersebut dengan terus memberi tekanan kepada kerajaan dan Muhammad Shafee untuk menjelaskan tuduhan dibuat oleh SR.
“Saya menjangkakan kalau ikut laporan diterima, mereka ingin menyatakan bahawa wang itu telah diberi untuk menentukan Anwar dipenjarakan. Itu bermakna adalah tujuan disebalik laporan tersebut,” katanya.
Jelas Musa lagi, jika pembangkang merasakan tuduhan tersebut adalah benar mereka sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat Shafee bagi merungkai kesahihan perkara itu.
“Biar SPRM siasat, bukan buat rayuan lagi di mahkamah. Pada saya, ini ada tujuan tertentu,” katanya.
Apabila ditanya tujuan Musa bersuara dalam kes SR dan Anwar ini, beliau berkata, semua dilakukannya adalah demi menegakkan kebenaran dan menafikan dibayar oleh individu tertentu supaya membangkitkan isu tersebut.
“Kita nak tahu kebenaran, we are fighting for truth. Saya tidak dibayar sesiapa,” katanya.
Musa dalam sidang media sebelum ini juga membidas SR yang membuat tuduhan terhadap Muhammad Shafee tanpa mengemukakan bukti dan mengatakan beliau juga pernah berdepan perkara sama apabila dituduh menerima bayaran RM5 juta dalam kes liwat Anwar pada tahun 1999 lalu.

Secara kesimpulannya, tindakan Sarawak Report membuat pendedahan itu hanya sekadar nak mencari alasan untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu sahaja sedangkan apa yang dipersoalkan sebelum ini masih belum dijawab.

Apa yang pasti, tindakan pentaksub Kitab Rewcastle mempergunakan isu tersebut hanya untuk menutup kepincangan dan kemelut kepimpinan yang sedang melanda Pakatan Haprak tu pada ketika ini. Maka sebab itu diorang sanggup buat apa saja untuk mengelirukan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. adakah pembangkang cuba katakan yg shafee terima duit sebanyak itu utk diagihhkan kpd peguam anwar yg ramai itu agar tdk bersungguh membela anwar dgn sbb itu anwar kalah? sbb bkn shafee yg menentukan anwar bersalah yg buat keptusan ialah hakim so adakah diorg nak tuduh hakim pula tp tak brani sbb takda telur.. dah keja pendakwa mmg nak buktikan org tu bersalah tak kiralah dia terima duit sbyk mana pun.. takda sapa pun termasuk peguam anwar yg menafikan anwar meliwat cuma diorg kata perbuatan itu suka sama suka tiada paksaan.. seluruh dunia dah iktiraf anwar sbg gay dan anwar tak penah nafikan cuma pengikut bongok je yg tak tau benda tu.. perbuatan main bontot ni masih lg dianggap taboo dlm msyrkat msia ttp semua org tau ia mmg byk berlaku.. cuma baru2 ini kumpulan lgbt brani menuntut hak mrk.. di dunia golongan ini ada yg menjadi pemimpin kerajaan.. persoalannya adakah msia dah bersedia utk mengangkat pemimpin dr golongan ini?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping