Hah! Dikala orang lain sibuk berteki - teki nak tau bila tarikh Pilihan Raya Umum, nampak gayanya YAB Menteri Besar Pahang ni awal - awal dah umum bakal calon yang akan bertanding kelak.
Kalau diperingkat bawahan, ramai yang tertunggu - tunggu siapa yang akan bertanding bagi menghadapi Pilihan Raya kelak. Tapi semua persoalan tu kini sudah terjawab dengan jelas.
Bila ada yang tanya, siapa calon yang akan bertanding? YAB Menteri Besar Pahang jawab mudah je, calon yang disukai rakyat. Katanya, kalau calon tu tak disukai rakyat, elok tak payah bertanding.
“Kita kena pilih calon yang orang suka. Kita tidak boleh ketengah calon yang pengerusi atau pucuk pimpinan suka... kalau ambil calon yang kita suka, tapi orang ramai tak suka, itu berat kepada parti (untuk menang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengenai permohonan beberapa parti komponen agar mereka diberikan kawasan tertentu untuk ditandingi pada PRU14, beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya hanya boleh memberi pandangan, tetapi tiada masalah kerana hal itu sudah pasti dapat diputuskan atas semangat setiakawan yang ada dalam BN," katanya, menambah jentera parti juga telah bersedia untuk menghadapi PRU14.
Pokok pangkalnya, siapa yang berangan nak bertanding sebagai calon wakli rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang tu beringat sendiri je la. Cuba tanya pada diri sendiri, orang suka ke tidak kat dia. Kalau orang tengok dia pun orang ludah ke tanah, bawak - bawak la sedar diri sendiri!!!
Harap nama beliau sendiri tak ada dalam senaria tu nanti.Dah cukup menyampah dgn keadaan Pahang yg tak berubah sikit habok pun.Apa pencapaian Pahang selama dia jadi MB?.Ye lek.Bila orang cakap dia tak mahu dengar ,malah di sergahnya secara kasar.Walau pun sekarang aku sokong Umno ,tapi kalau PRU nanti Tok Nan ni masih di calonkan utk jadi MB,aku akan kempen utk Pas,utk kurangkan mejoriti BN Pahang sebanyak mungkin.
BalasPadamBanyak benda yang dia dah buat. Tapi orang macam awak je yang tak pernah nampak. Yang awak nampak, dia sergah orang je. Benda yang baik dia buat awak tak nampak.
BalasPadamApa dia buat,semua benda dia tak tahu CH landslide & clerings dia blure,bouxite disasters depan mata pun dia tak nampak ?Kau tengok lah kali ni apa akan jadi pada BN Pahang kalau dia masih berangan nak jadi MB.We got strategies and points to open up Pahang's people minds to reject him,and Umno.Cuba sebut kan satu benda baik yg luar biasa yg dia buat ,tapi orang lain tak buat utk tunjukan dia istimewa dan bagus.
BalasPadamBina 50 ribu rumah PR1MA untuk rakyat dengan harga bawah RM 150 ribu yang mana MB lain pun tak mampu nak buat sehingga ke hari ini. Itu baru satu. Banyak lagi benda lain yang dia buat, awak je tak nampak.
BalasPadam