Sabtu, Jun 10, 2017

Kalau dulu, sewaktu Si Ketua Penipu tu mula - mula didapati bersalah kerana didakwa menyalah-gunakan kuasa sewaktu menjadi pemimpin, bukan main meroyan lagi puak pembangkang.

Sibuk diorang menyebarkan dakwaan kononnya sistem kehakiman di Malaysia ni KORUP dan dipengaruhi pihak Kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk menganiayai Si Ketua Penipu tu.

Malah mereka juga turut membuat tuduhan dan melabelkan kononnya sistem kehakiman di Malaysia ni 'Kejam' dan 'Zalim' terhadap pemimpin - pemimpin parti pembangkang itu sendiri.

Namun hakikatnya, itu semua hanya sekadar alasan puak pembangkang tu semata - mata untuk menutup segala penipuan serta pembohongan yang telah mereka lakukan selama hari ini.

Hari ini, segala dakwaan yang dilemparkan terhadap sistem kehakiman Negara itu ternyata tidak benar apabila mereka sendiri menerima hukuman yang boleh dianggap 'Adil' bagi pihak mereka.

Sebagai contoh, hukuman yang dijatuhkan pihak mahkamah terhadap Si Rafizi tu dalam kes menghina ahli UMNO boleh dilabelkan sebagai satu keputusan yang 'Sangat Adil' dan bertimbang rasa.

Dalam kes tersebut, Si Rafizi tu telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1,800 atas pertimbangan mahkamah bagi mengelakkan dia dilucutkan jawatan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Begitu juga dalam kes penganjuran Perhimpunan Blackout 505 yang menyaksikan Si Rafizi tu dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1950, kurang RM 50 untuk menggugurkan kelayakan dia sebagai wakil rakyat.

Biarpun bagi sesetengah pihak angka itu menyebabkan Si Rafizi tu 'Terselamat' dari hilang kelayakan, ianya membuktikan bahawa sistem keadilan di Malaysia ini masih lagi bertimbang rasa.

TAPI MALANGNYA, bagi orang yang suka menyebar fitnah dan membuat tuduhan seperti Rafizi, hukuman yang dijatuhkan itu tidak mampu untuk menyedarkan dirinya dari rasa bersyukur.

Sebaliknya, Si Ahli Parlimen Pandan itu tetap juga dengan perangai lamanya yang suka menabur fitnah serta menyebar pembohongan demi pembohongan demi mengelirukan rakyat.

Penyudahnya, Si Rafizi tu hilang juga kelayakan apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun kerana memiliki dan menyebarkan dokumen rahsia rasmi Kerajaan secara umum.

Itu membuktikan bahawa Si Rafizi tu telah menerima khifarah, namun dia tidak mensyukuri hidayah dan petunjuk yang telah diberikan. Sebaliknya, dia lebih selesa bergelumang dengan dosa dan terus menabur fitnah yang bukan - bukan!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Penjilat ko ni rupanya. Dedaki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la ko pejilat dedaki al pakaton..xde beza pun...

      Padam
  2. Kalau dah tak ingat dosa pahala itulah akibatnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping