Sabtu, Jun 10, 2017

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail menegaskan parti itu tidak bercadang untuk membuat perubahan dalam keputusan mengarahkan wakil partinya di Kelantan meletak jawatan.

Sebelum ini Nurul Izzah membayangkan kepimpinan PKR akan membuat keputusan baru berhubung kedudukan wakil partinya dalam pentadbiran Rejim PAS Kelantan selepas mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing walaupun diarah meletakkan jawatan oleh PKR pusat.

Mengulas lanjut, Wan Azizah menjangkakan isu peletakan jawatan wakil parti itu di Kelantan akan diselesaikan sepenuhnya pada hujung Julai ini.
“Saya rasa pentadbiran di Kelantan bekerja mengikut suku tahun dan apa-apa pun proses, prosedur operasi… mereka tunggu sehingga suku pertengahan, jadi saya rasa akhir Julai,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Wan Azizah menambah, PKR Pusat memahami wakilnya di Kelantan yang memerlukan masa sebelum bertindak keluar dari kerajaan negeri itu kerana ia membabitkan prosedur tertentu yang perlu mereka ikuti.

Semalam Pengerusi PKR Kelantan berkata, wakil PKR di negeri itu akan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri, namun perlu menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan pentadbiran.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut menolak dakwaan kononnya tidak wujud komunikasi dua hala antara kepimpinan pusat dengan wakil pemimpin parti itu di Kelantan.

Katanya, PKR Pusat menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution sentiasa mengemaskini perkembangan proses peletakan jawatan wakilnya di negeri pimpinan PAS itu.
“Kita ada komunikasi dan memang setiausaha agung kita telah pergi berjumpa dengan PKR Kelantan, dan masalah ni memang akan diselesaikan kerana memang dalam urusan pentadbiran ada perkara yang terpaksa mereka lalui sebelum membuat keputusan untuk menarik diri,” katanya.
Terdahulu, wakil PKR di Kelantan telah diarahkan Wan Azizah untuk meletakkan kesemua jawatan mereka di negeri itu selepas PAS membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi bersama parti tersebut.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. letak jawatan...putus rezki...tak dapat ler elaun lumayan wei....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping