Jumaat, Jun 23, 2017

Ini baru betul - betul contoh orang yang ada mempunyai nilai perjuangan. Pantang ada cabaran sikit je diorang mudah kecewa. Sikit - sikit nak terasa hati dan mula la nak membawa diri kononnya.

Walhal, diorang sendiri yang takde pendirian dalam perjuangan. Sebaliknya, diorang hanya sekadar nak menagih simpati murahan dan perhatian dari rakyat demi kepentingan Politik Peribadi diri sendiri.

Maka atas sebab itu diorang ni mudah sangat kecewa apabila menghadapi cabaran dan rintangan. Nak pulak apabila Pakatan Haprak yang nak disertai itu mengalami kepincangan diperingkat kepimpinan.

Kecewa dengan pelbagai isu kepimpinan yang berlaku dalam Pakatan Haprak itu telah menyebabkan Parti Generasi Baru enggan menyertai gagasan pembangkang itu pada waktu ini.

Dikatakan parti berkenaan tidak selesa dengan peranan yang dimainkan oleh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang seolah - olah cuba membelakangkan PKR pada ketika ini.
“Kami juga percaya bahawa hanya PKR yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon perdana menteri haruslah datang dari PKR, dan bukannya BERSATU (PPBM),” demikian memetik kenyataan Majlis Tertinggi parti itu.
Parti Generasi Baru sedang diperbaharui kepada Parti Bebas Rasuah dengan bekas senator, Datuk Ezam Mohd Noor sebagai Presiden, dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalannya.

Mengulas lanjut, Parti Generasi Baru juga mengutarakan pandangan bahawa calon yang layak bagi jawatan Perdana Menteri dikalangan Pakatan itu adalah Azmin Ali, yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

Pemilihan Azmin itu merujuk kepada prestasinya selaku Menteri Besar dalam mentadbir Rejim Pakatan di Selangor selain calon yang relevan dalam situasi semasa politik di Malaysia.

MT PGB itu juga mendakwa memperolehi 'berita dari sumber sahih', kononnya wujud pakatan di kalangan pemimpin PPBM dan pemimpin Umno, bahawa kumpulan itu tidak dikenakan tindakan jika sertai PPBM, sekiranya PH menang dalam PRU14.
“Kami juga percaya bahawa hanya PKR yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon perdana menteri haruslah datang dari PKR, dan bukannya BERSATU (PPBM),” menurut kenyataan itu.
Pokok pangkalnya, kemelut yang melanda Pakatan Haprak itu pada ketika ini membuktikan bahawa gabungan pembangkang itu belum layak nak mentadbir Negara kerana masih GAGAL menyelesaikan kemelut kepimpinan yang melanda. Kalau diorang ni dapat kuasa kelak, alamat jahanam la jawabnya!!!
Categories: , , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping