Sabtu, Jun 24, 2017

Penafian yang dibuat oleh Dr Tan Seng Giaw yang mendakwa bahawa dia sukar dihubungi sepertimana yang didakwa oleh Lim Guan Eng menyerlahkan sifat ‘Tokong’ Setiausaha Agung DAPigs itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata sikap ‘Tokong’ yang dimiliki oleh Guan Eng sudah lama diperkatakan, namun krisis dalam Dr Seng Giaw-Guan Eng itu menyerlahkan lagi sifat tersebut.
“Istilah “tokong” ini bukan rekaan penulis tetapi istilah sama digunakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, (Dr Mansur Othman) dari PKR yang mahu menunjukkan betapa angkuhnya Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam menjalankan tugasnya.
“Akibatnya hari ini Dr Mansor bukan lagi Timbalan Ketua Menteri,” katanya dalam Facebook.
Justeru, Roslan Shahir berpendapat tindakan Dr Seng Giaw yang melawan arus kepimpinan DAPigs Pusat itu mungkin mengundang bencana sepertimana kes-kes pemimpin DAPigs sebelum ini.
“Febuari lalu 4 pemimpin DAP Melaka termasuk ahli Parlimen Kota Melaka dan 3 ADUN nya bertindak keluar parti. DAP memecat ADUN Teluk Datuk Selangor dan sebelumnya bekas ADUN Teratai.
“Dan ikut rentetan sejarah pergolakan dalaman DAP bukan perkara baru. Ramai yang dipecat dan disingkir apabila sahaja bertindak lawan arus dan menentang “tokong” besarnya yang memegang jawatan Setiusaha Agung.”
Roslan Shahir berpendapat sifat Guan Eng mengemudikan DAPigs hampir sama dengan bapanya, Lim Kit Siang ketika memegang jawatan Setiausaha Agung selama 30 tahun yang lalu.
“Dulu ketika ayahnya (berjawatan) Setiausaha Agung DAP beberapa pimpinan DAP yang tidak berpuas hati dengan style kepimpinan Kit Siang yang dikatakan otokratik telah melancarkan kempen ‘KNOCK OUT KIT SIANG‘ atau KOKS.
“Usaha menjatuhkan Kit Siang gagal dan akhirnya ramai yang menentang menjadi mangsa. Fan Yew Teng, Dr Kua Kia Soong, Hu Sepang, Liew Ah Kim, Wee Choo Keong, Lee Lam Thye adalah antara nama yang boleh disebut.
“Dari ayah ke anak ternyata jawatan Setiausaha Agung DAP adalah yang paling berkuasa dan siapa sahaja yang cuba tegur dan kritik walau berasas akan jadi mangsa.”
Katanya, jika Guan Eng berjiwa besar sepatutnya beliau tidak melenting dengan teguran ikhlas daripada Dr Seng Giaw berkenaan dengan kurangnya ‘kehijauan’ di Pulau Pinang itu, kata Roslan Shahir.

Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng tu bukan sahaja membuktikan bahawa menganggap dirinya sebagai 'Abang Besar' yang perlu dihormati oleh semua orang dalam DAPigs.

Malah ianya juga turut menyerlahkan lagi sifat kesombongan dan keangkuhan yang wujud dalam dirinya selama hari ini. Itu baru ahli parti buat teguran. Pun dia dah melenting tak tentu arah. Belum lagi kita rakyat yang takde lansung kaitan dengan parti dia. Lagi la dia buat tak peduli!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping