Pelik jugak bila tengok perangai Si Zaid Al-Araki ni. Yang dia sibuk sangat nak Tun Mahathir jadi Kepala dalam Pakatan Haprak tu pasal apa? Apa yang dia nak cari sebenarnya?
Dia ada kepentingan ke kalau Tun jadi calon Perdana Menteri dan mengetuai Pakatan Haprak tu? Adakah dia telah dijanjikan sesuatu sekiranya PPBM menjadi 'Abang Besar' dalam Pakatan?
Kot kalau dia sibuk sangat nak PPBM jadi 'Abang Besar', menda kejadahnya dia masuk DAPigs sebelum ini? Kenapa tidak dia sertai parti yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri tu?
Tindakan yang dilakukan oleh Si Zaid Al-Araki tu bukan sahaja menimbulkan persoalan dikalangan rakyat. Malah dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri pun pening kepala dengan dia.
Menurut kata bekas Naib Presiden PKR, adalah tidak wajar untuk Zaid menyuruh PKR, DAPigs dan PAN memberikan laluan kepada PPBM untuk mengetuai Pakatan Haprak tu pada ketika ini.
Zaid menerusi laman Twitternya berkata jika tiga parti itu tidak mahu kecewa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, PPBM harus diberi peluang untuk memimpin gagasan itu.
"Namun sebagai sebuah pakatan seharusnya timbangan daripada segi 'senioriti' dalam gabungan pakatan pembangkang perlu diambil kira dalam konteks ini.
"Jadi pandangan itu ada hak masing-masing mengemukakan pandangan. Walaubagaimanapun, saya kira dalam hal ini Majlis Presiden perlu secara serius melihat tentang soal hal ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Media sebelum ini melaporkan struktur baru PH memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamed dilantik sebagai Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden gabungan pembangkang itu.
Manakala Anwar Ibrahim hanya dilantik sebagai penasihat dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekadar timbalan presiden. Bagaimanapun itu dinafikan oleh Mukhriz Mahathir.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata PKR sudah tentu menjangkakan parti yang akan memimpin PH, sementelah memainkan peranan itu sejak 2008 manakala PPBM pula merasakan partinya lebih layak kerana mempunyai pemimpin berpengalaman dalam politik.
"Pastinya PKR merasa lebih layak sebagai tonggak atau mengetuai Pakatan Harapan. Walaupun saya faham PPBM merasakan bahawa mereka mempunyai bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri yang berada dalam PPBM.
"Pendapat saya, perkara menentukan parti utama sebenarnya ataupun tidak itu sebenarnya dalam prinsip Pakatan Harapan dari segi kedudukan parti-parti yang ada pada umumnya mereka berada di tahap yang sama rata. Tidak ada parti dominan dalam gabungan pakatan," katanya.
Tapi pokok pangkalnya, waima siapa pun yang jadi 'Ketua' dalam Pakatan Haprak tu, gabungan pembangkang tu tetap juga didominasikan oleh DAPigs. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri!!!
Nafsu serakah nak kuasa..
BalasPadam