Ahad, Julai 16, 2017

Sejak dua tiga hari ini, masih ramai lagi yang bercerita mengenai kenyataan Tun Mahathir yang mahu membebaskan Si Ketua penipu tu dalam tempoh seminggu selepas Pakatan menang PRU.

Ramai yang beranggap, kenyataan Tun Mahathir itu merupakan satu tindakan drastik kerana sebelum ini, dia juga yang memenjarakan Si Ketua Penipu tu atas tuduhan salah laku moral.

Malah ada juga sesetengah pihak yang beranggapan, tindakan Tun Mahathir itu membuktikan yang dia telah membuat 'Pusingan U' demi menjaga kepentingan Politik Peribadinya.

Namun, jika dilihat dari satu sudut, tindakan Tun Mahathir itu merupakan satu langkah strategik untuk memastikan dia mendapat sokongan dari ahli akar umbi PKR secara keseluruhan.

Umum mengetahui bahawa masih ramai lagi aktivis PKR yang menganggap Tun Mahathir sebagai individu yang bertanggungjawab memenjarakan Si Ketua Penipu itu sebelum ini.

Bahkan tindakan Tun Mahathir yang tidak mengangkat Placard sewaktu menghadiri Kongres Nasional PKR beberapa bulan yang lalu membuktikan bahawa dia tetap tidak menyokong Si Ketua Penipu tu.

Dengan tindakan itu jelas merugikan segala usaha Tun Mahathir yang mahu Pakatan Haprak tu merampas kuasa dari Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Maka, untuk memastikan Pakatan Haprak tu menang dalam Pilihan Raya Umum, terpaksa la Tun Mahathir membuat pengumuman untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara.

Tetapi hakikatnya, jika Si Ketua Penipu tu dibebaskan dari penjara sekalipun Pakatan Haprak tu menang, dia belum boleh menjadi Perdana Menteri dalam tempoh selama lima tahun.

Ianya kerana syarat itu termaktub didalam Perlembagaan yang menafikan hak seorang banduan untuk bertanding dalam Pilihan Raya sekurang - kurangnya bagi tempoh lima tahun.

Selain itu, proses nak membebaskan Si Ketua Penipu tu pun bukannya boleh dilakukan dalam tempoh sekelip mata. Tetapi ia akan mengambil masa yang agak lama sebelum dia dibebaskan.

Maka dalam erti kata lainnya, pengikut PKR yang percaya bekas Perdana Menteri itu ikhlas nak membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara semuanya telah dikaburi mata mereka dengan permainan Politik Tun Mahathir. Pusing - pusing, diorang jugak kena kencing!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping