Isnin, Julai 31, 2017

Selepas puas puak PKR memujuk Tun Mahathir untuk turut serta menyertai gabungan Pakatan Haprak, kini Si Ketua Penipu tu pulak terpaksa tampil dengan 'Fatwa' baru untuk para pengikutnya.

Jika sebelum ini, sejak awal penubuhan PKR, Si Ketua Penipu tu serta kaum keluarganya telah mengeluarkan 'Fatwa' yang mendakwa Tun Mahathir sebagai 'Musuh Utama' yang perlu diperangi.

Perkara itu secara nyata dijelaskan kepada rakyat sehingga pengikut parti itu sendiri melabelkan Tun Mahathir sebagai Diktator yang bersifat 'Zalim' dan 'Kejam' terhadap rakyat.

Dakwaan itu diulang - ulang oleh PKR sehingga menyebabkan ahli parti itu membenci Tun Mahathir yang turut digelarkan sebagai 'Maha-Zalim' dan 'Maha-Firaun' pada suatu ketika dahulu.

Malah, rasa benci ahli PKR terhadap bekas Perdana Menteri yang telah memecat Si Ketua Penipu tu dari jawatan Timbalan Perdana Menteri masih kekal tersemat dijiwa mereka sehingga hari ini.

Ianya dapat dilihat dengan jelas apabila geng Otai PKR membuat desakan kepada Pakatan agar menubuhkan Suruhanjaya Kebebasan Keadilan bagi mengadili serta menghukum Tun Mahathir.

Desakan itu dibuat ekoran tindakan Pakatan yang menerima dengan tangan terbuka penyertaan Tun Mahathir yang diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Haprak tu baru - baru ini.

Bahkan, sewaktu forum umum yang diadakan baru - baru ini juga, pengikut PKR serta Pakatan tetap menolak kepimpinan gabungan pembangkang itu diterajui oleh Tun Mahathir.

Dek kerana keadaan semasa semakin bertambah kronik membuatkan Si Ketua Penipu tu pun tak tahan bontot duduk dalam penjara dan terpaksa mengeluarkan 'Fatwa' baru buat pengikutnya.

Antara lain, Si Ketua Penipu tu memberikan alasan kononnya dia sudi menerima Tun Mahathir yang sanggup turun padang mengharungi perjuangan demi untuk kebebasan dirinya sendiri.
"Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani," jelasnya dalam satu kenyataan.
Pokok pangkalnya, Si Ketua Penipu tu jelas sedang berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup mengeluarkan 'Fatwa' sedemikian kepada para pengikutnya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Itu je yang lebih diutamakan oleh Si Ketua Penipu tu!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Hanya manusia dlm tekanan hidup yg amat dahsyat shaja yg sanggup buat kenyataan sebegini..
    Mahathir dan anwar berperangai yg sgt pelik dan tak rasional lagi..
    Akibat tekanan hidup yg dahsyat..

    BalasPadam
  2. tau lama dah..masing2 ada kepentingan

    BalasPadam
  3. 'Dosa ' Mahathir pada Anwar ,hanyalah kerana tuduh dia sebagai pengamal sodomi,tapi apa yg di tuduh Mahahtir adalah benar ,jadi tak salah lah.Itu sebab Anwar boleh terima Mahahtir kembali.Anwar yg banyak 'dosa' pada Mahahtir,kerana Anwar lah yg menyebabkan Mahahtir terpaksa menganis teresak esak meletak jawatan ,kalau tidak sampai hari ini pun Mahahtir mahu jadi PM.Tak caya tengok apa yg Mahathir sanggup lakukan sekarang.



    BalasPadam
  4. Tunggu hasil siasatan skandal forex dll. Rakyat jga nak tahu.

    BalasPadam
  5. Tidak kemana pun si Mahathir ni kalau di takdirkan PH menerajui negara dan Anuar di bebaskan mungkin tidak berapa lama si Mahathir pulak yang akan ke penjara. Si Anuar tidak akan membiarkan dendam serta aib di malukan Mahathir dengan kes liwat(sondol belakang) serta siksa rumah kedua di penjara.Kita sama-sama tunggu dan lihat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping