Isnin, Julai 31, 2017

Pelik betul dengan penyokong parti Bunga ni. Kenapa pulak diorang sibuk nak buat laporan Polis hanya semata-mata kerana TPM mendedahkannya secara umum? Atas sebab apa diorang buat laporan tersebut?

Kalau betul nama itu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, kenapa pulak diorang perlu buat laporan Polis? Adakah diorang malu dengan nama sebenar pemimpin pujaan mereka itu?

Sekiranya mereka ada bukti yang mengatakan dakwaan TPM itu salah, sepatutnya diorang failkan saman terhadap TPM dan JPN. Tapi diorang buat laporan Polis kerana TPM tayang gambar kad pengenalan Tun Mahathir secara terbuka. Adakah itu satu tindakan jenayah?

Hakikatnya, menjadi manusia ni kita kena pegang pada nama asal kita sebab nama tu diberikan oleh ibu bapa kita, ilham dari Allah S.W.T. Bahkan nama itu merupakan asal usul kita sendiri. Jadi, kenapa kita nak rasa malu?

Jika benar nama sebenar Tun Mahathir ialah Mahathir @ Iskandar Kutty, bermakna laporan Polis yang dibuat oleh penyokong Tun itu satu penghinaan bukan sahaja kepada ayah kepada Tun Mahathir, malah kepada ilham yang diberikan Allah S.W.T. juga. Wallahualam.

Tapi yang lagi pelik, kenapa isu nama itu dibangkitkan? Apa signifikannya ia dijadikan sebagai satu persoalan? Dah takde modal lain ke yang boleh dijadikan sebagai bahan Politik?

Adakah dengan membangkitkan soal nama asal Tun Mahathir itu akan menambah sokongan rakyat serta pengundi atas pagar kepada Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang?

Pokok pangkalnya, sudah - sudah la pemimpin kita ni sibuk nak siram pokok tua. Biarkan saja pokok tua tu tumbang sendiri. Kalau dah hari - hari disiram, dah tumbuh pulak tunas baru. Bila pokok tu kembali segar esok, susah pulak dia nak tumbang!!!
Categories:

7 ulasan:

  1. Kenapa mesti sampai hina bangsa keturunan pula?

    BalasPadam

  2. Anak-Anak Mahathir cukup kaya berkat menabung dari TADIKA

    Forbes 3/1/17 menyenarai Mokhzani sebagai salah sorang Melayu terkaya di Malaysia ( atas sikit pada saya ) dgn USD 700 juta ( RM2.52 bil). Alhamdulillah berkat menabung dari kecil masa dok Titi Gajah lagi. Banyak nya syarikat Tuhan saja yg tahu. Yg tersenarai je Kosmo Tech , Inch Kenneth, Opcom, Ajiya , M Ocean ,Reliance, Dataprep , THB Industries , Sharp Roxy, Sang Kee Feedmills, Celcom Resources, YTL Energy, Presteriang , Maxis Berhad. Tapi yg banyak duit Sapura Kencana, Tongkah, Pantai Holdings yg dapat kontrak selenggara hospital macam Radicare. Prime Granite dapat kontrak supply jubin untuk KLCC , tak lah besor sekitar RM400 juta .Tongkah dan Pantai pulak ada 28% pegangan dalam Phileo Land ( Asset Avenue ) yg menguasai Phileo Allied yg dibagi lesen Phileo Allied Bank ( tempat Shamsidar isteri Jemin kerja ). Phileo Allied Bank dijual kat Maybank RM1.3 bil walau pun Maybank tak mau. Phileo Allied pulak tetiba ambil alih Pos Malaysia hanya dgn harga RM800 juta , RM550 juta tunai baki bayar 5 tahun dalam bentuk bon kerajaan dgn kadar 5% setahun. Kita bangga Melayu kaya tapi jangan lah pak dia kata dia tak tahu apa apa , anak dia punya kepandaian sendiri. Tapi Tok Najib baik , sikit pun tak kacau berbanding pak dia dulu , habis business geng S46 depa tarik.

    Di Ciplak dari wall Dato Roslan Latif

    #KadiaqManaKadiaq

    BalasPadam
  3. semut pun makan dedak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukankah Najib dah istihar nak bumiputerakan
      keturunan Mamak, jadi apahal Wak Jahid masih
      pandang hina pada mamak kuttik...........???
      Wak tak mahukah undian dari kaum mamak dalam
      PRU14 nanti...??

      Padam
  4. Low standard tersangat apabila bangsa orang pun dijadikan bahan menghina.

    Ramai keturunan India adalah ahli umno. Zahid lebih baik berhati-hati apabila mengutuk tu.

    Ingat ahli MIC dan ahli UMNO keturunan india tak tersinggung eh!!

    BalasPadam
  5. Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty? Bukan Mahathir bin Mohamad ke? Iskandar ialah datuk Mahathir... Biar betul Zahid ni... kalau nak menipu pun janganlah bodoh sangat...

    BalasPadam
  6. Tak payah buat isu. Klu dah namanya gitu tak salah pun sebut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping