Jumaat, Julai 14, 2017

Heh! Nampak gayanya, kemelut kepercayaan dikalangan ahli yang sedang melanda parti baru pimpinan Tun Mahathir tu masih lagi berlanjutan dan ianya semakin bertambah kronik.

Terbaru, pemimpin tertinggi parti PPBM itu terus didesak agar bersikap jujur dan segera membersihkan nama masing - masing sebelum mereka menuding jari serta menyalahkan orang lain.

Exco Armada Pusat, Muhammad Hafiz Azhar berkata, sudah banyak persoalan ditanyakan kepada ketiga-tiga kepimpinan tertinggi Bersatu namun sehingga kini masih tiada jawapan yang diterima.
"Di sini, kami ingin mendesak Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamed, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk tampil menjelaskan persoalan kami ini.
"Antara persoalan-persoalan yang kami utarakan ialah mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Tun dan juga skandal yang terpalit oleh Muhyiddin dan Mahathir sendiri," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abd Wahabi sebelum ini pernah mendesak Mahathir dan Muhyiddin supaya tampil secara terbuka memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu mengaitkan diri mereka.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafiz berkata, jika tiada jawapan diterima, beliau akan menggunakan platform program 'Nothing To Hide' yang ura-uranya bakal didakan pertengahan Ogos nanti untuk mendapatkan penjelasan yang ditunggu-tunggu.
"Kami dapat maklumat akan ada program forum tersebut dan Tun merupakan salah seorang yang akan hadir, justeru, kami ingin bertanyakan soalan ini secara terus kepada beliau.
"Sebelum ini, kami hanya menggunakan medium  kumpulan WhatsApp yang turut disertai Ketua Armada Bersatu, Syed Syaddiq Syed Abd Rahman namun tiada jawapan.
"Selain itu, kami turut berharap agar Muhyiddin akan menjadi salah seorang panel supaya forum tersebut akan menjadi medan buat akar umbi mendapat penjelasan sepatutnya," katanya lagi.
Pokok pangkalnya, pemimpin parti itu dilabelkan tidak jujur bukan sahaja pada ahli diperingkat bawahan. Malah mereka juga tidak jujur kepada diri mereka sendiri. Maka sebab itu setiap kali persoalan itu dibangkitkan, diorang hanya mendiamkan diri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping