Isnin, Julai 17, 2017

Naib Pengerusi PAN yang juga Penasihat PAN Kelantan, Husam Musa akan melalui jalan sukar untuk mempertahankan kerusi DUN Salor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof juga berkata PAS tiada masalah untuk meletakkan calon lain dan berdepan dengan Husam untuk menawan kerusi itu.

Ini kerana menurut beliau, pengaruh serta populariti Husam jatuh merudum selepas bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu mengambil keputusan untuk keluar PAS dan menyertai PAN.
"Kalau kita melihat juga populariti antara tokoh-tokoh misalnya kajian terbaru dibuat Institut Darul Ehsan (IDE) daripada Selangor, satu daripada isu kajian strategik di bawah pejabat Menteri Besar Selangor pada Mac lalu telah pergi ke Kelantan membuat kajian dari segi populariti tokoh-tokoh.
"Tiada pun nama Datuk Husam sebagai orang yang boleh menang, itu salah satu contohnya," katanya kepada Antarapos.
Untuk rekod Husam dipecat daripada PAS pada 23 April 2016 atas tindakan melanggar tatatertib dan kemudian menyertai PAN yang diasaskan bekas pimpinan utama PAS yang diketuai Mat Sabu.

Tambah Wan Nik lagi, menurut hasil kaji selidik yang telah dijalankan sebelum ini, Husam bukan lagi calon pemimpin yang boleh menang dengan mudah di Kelantan.
"Ada lagi kajian-kajian lain yang kita dapati tatkala selepas Husam sertai Parti Amanah kita terus turun buat kajian di Salor. Nilai populariti dia di Salor jatuh terus serta bukan sebagai orang yang menang," katanya.
Justeru bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan ini berkata Husam sudah tiada peluang untuk menang di mana - mana kerusi DUN atau Parlimen di Kelantan pada PRU14.
"Begitu juga selepas Pengerusi Amanah Kelantan dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya Parti Amanah Kelantan mengumumkan Husam sebagai orang yang akan bertanding di Parlimen Kota Bharu.
"Kita buat kajian selepas daripada itu yang mana populariti dia tak melebihi daripada Umno," katanya.
Mengulas lanjut Wan Nik berkata PAS masih lagi popular di kalangan masyarakat di Kelantan selain mendakwa bahawa Rejim parti itu masih lagi mampu untuk mempertahankan pentadbiran semasa.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Slamat tinggal and bye bye Mr Husam.

    BalasPadam
  2. Rekod Husam ketika jdi exco dulu pun tak ada apa yg istimewa bahkan banyak projek gagal. Ada yg hanya tinggal batu asas. Jamnapari gagal. Depu gagal. Harta karun sampai sudah tak jumpa. Sembang kencang tpi kosong belaka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping