Jumaat, Julai 14, 2017

Seperti mana yang kita jangka, Si Mahfuz Bean ni dah tentu akan cuba memberikan alasan dari menyahut cabaran debat seperti yang telah dikemukakan oleh Pengarah Penyelidikan PAS Pusat semalam.


Kata Mahfuz cabaran yang dibuat oleh Dr. Zuhdi itu untuk berdebat dengan tujuan menjernihkan 'kecelaruan' berkaitan hala tuju dan pendirian parti itu sebagai tidak masuk akal.
"Saya tidak perlu nak melayan cabaran debat yang dibuat oleh Zuhdi kerana dia cabar saya itu kononnya dia nak kata nak jernihkan kekeliruan saya. Hakikatnya, saya tidak celaru. Jadi, tidak perlu lah saya nak layan cabaran debat dia. Apatah lagi kalau saya layan akan merosakkan nama baik parti apabila tindakan yang dibuat oleh beliau seperti yang saya katakan tadi.
"Saya tidak celaru pun tentang soal perjalanan parti yang berkelam kabut sekarang ini di dalam tindakan-tindakan mereka," katanya kepada Antarapos hari ini.
Malah Mahfuz juga mendakwa kemungkinan cabaran debat itu mendapat persetujuan mahupun arahan daripada kepimpinan atasan parti termasuk Presiden atau Timbalan Presiden.  

Mahfuz juga mendakwa, apa yang 'bercelaru' sebenarnya adalah kepimpinan PAS itu sendiri dalam percaturan Politik mereka khususnya yang sedang berlaku di Negeri Selangor pada ketika ini.

Ianya ekoran tindakan PAS yang masih mengekalkan wakilnya di negeri itu meskipun sebelum ini parti itu sudah memutuskan hubungan Politik dengan PKR dan DAPigs secara rasmi.

Mahfuz juga membangkitkan persoalan bagaimana PAS masih boleh menjalinkan kerjasama dengan parti yang dianggap 'menentang agenda Islam' dalam konteks Rejim Pakatan Selangor.
"Jadi, bagi saya macam mana pula PAS. Bagaimana PAS boleh duduk dalam kerajaan Selangor, bersekongkol dengan pimpinan PKR dan DAP yang telah diputuskan secara syarie oleh Majlis Syura menentang agenda Islam PAS.
"Ini yang celarukan pemikiran pengundi-pengundi PAS. Bagi saya, saya tidak bercelaru, tidak keliru tetapi tindakan PAS itu telah memberikan gambaran yang sangat buruk kepada masyarakat dan ini merosakkan nama baik PAS sendiri. Jadi tidak perlu saya nak layan cabaran daripada Dr Zuhdi lah," tambahnya.
Terdahulu, Zuhdi yang juga merupakan anggota AJK PAS Pusat mencabar Mahfuz untuk berdebat bagi menjernihkan 'kecelaruan' yang dialami Mahfuz dan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat anggota parlimen terbabit.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Tak payah nak layan si mahfuz bean ini buang masa sahaja nanti bila pemilihan untuyk mengundi gugur namanya,dia bukan ada kelas pun kualiti sebagai pemimpin jauh sekali la,dari dulu lagi saya perhatikan ,dia ni lebih kurang mat sabu,apa pun tak tau kencing rakyat buat lawak bodoh bolih la.Sekarang masanya kita kena support pm yang banyak difitnah olih mahafiraun dengan muhiddin dan mukriz.jangan bagi peluang langsung kepada mereka untuk bertunas dalam politik lagi.jangan biar seorang pun keturunan ini makan hasil poiltik,pakat2 bersihkan fitnah yang mereka canangkan sebelum ini .BUATKAN SEBESAR BESAR BANNER DISELURUH MALAYSIA PENGAKUAN MUKHRIZ YANG BAPANYA BERKONSPIRASI BERSAMA MUHIDDIN UNTUK MENJATUHKAN PM.BAGI PENJELASAN KEPADA RAKYAT PASAL PEMBOHONGAN 1MDB YANG MENGHANTUI PEMIKIRAN RAKYAT,BAGI KEFAHAMAN KEPADA RAKYAT YANG BENGAP,BAGI TAHU PADA RAKYAT KEDAH TERUTAMA NYA TIADA ALASAN UNTUK SIMPATI PADA MUKHRIZ SEKARANG INI TIADA KESIAN2 TERDAPAT SEGELINTIR JAWATANKUASA BAHAGIAN TERUTAMA BAHAGIAN KUBANGPASU YANG BERDURI DIDALAM ,MB KEDAH BUAT PANTAU HABIS HABISAN MACAMMANA PAS BERSIHKAN BUKAN ULAMA DALAM KEPIMPINAN MEREKA.HIDUP PM DAN PRESIDEN PAS.DARI DAHULU LAGI SAYA DOAKAN INI ,ALHAMDULLIAH DAH NAMPAK HASILNNYA.NAK TAHU SIAPA SAYA CARILAH......

    BalasPadam
  2. Dah kecut...sembang je kencang.

    BalasPadam
  3. standard SRP mana berani nak berdebat...berdebat secara tertutup antara sama2 ahli parti pun takut...auta jer lebih mahfuz bean ni...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping