Ahad, Julai 16, 2017

Hahaha!!! Memang kelakar betul baca kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Sabu ni. Nampak sangat dari kenyataan yang dia buat itu memberikan gambaran yang dia dia takut takde kerusi nak bertanding.

Hari ini, Si Mat Sabu tu secara terbuka mengakui bahawa pembahagian kerusi dikalangan parti Pakatan Haprak tu akan bertambah sukar dengan kewujudan PPBM sebagai rakan kongsi.

Maka atas sebab itu PAN menjangkakan perbincangan pembahagian kerusi yang akan ditandingi Pakatan Harapan (PH) akan lebih sukar dengan adanya empat parti di dalam gabungan tersebut.

Justeru, Presiden PAN memberitahu bahawa partinya tidak menetapkan sebarang jumlah kerusi yang ingin ditandingi wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,
"Bukanlah sukar (mahu bahagi kerusi), namun maklumlah empat parti. Maka pemimpin parti yang ditugaskan akan berbincang mengenai kerusi. Kita tidak ada target tertentu sebaliknya faktor alasan tertentu di kalangan empat parti," ujarnya kepada pemberita, hari ini.
Si Mat Sabu tu juga turut menjelaskan perbincangan pembahagian kerusi di antara PAN, PKR, DAPigs dan PPBM akan kembali digiatkan selepas urusan pendaftaran PH sebagai sebuah parti diselesaikan.
"(Perbincangan) Berdasarkan faktor kemenangan calon. Oleh kerusi PH ada empat parti, sesiapa yang menjadi calon, maka tiga parti yang lain akan tetap menyokong.
"Maka perbincangan ini iaitu mereka yang telah menang di sesuatu kawasan akan kekal calonnya. Manakala kawasan yang kalah, ia akan menjadi perbincangan," katanya.
Pakatan Haprak tu sehingga ke hari ini masih lagi GAGAL untuk memuktamadkan jumlah kerusi yang dibahagikan sesama parti komponennya dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Beberapa kerusi PAN yang dimenangi atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu juga akan terus dipertahankan oleh wakil rakyat dari parti baru itu, sekaligus akan memperlihatkan pertandingan lebih dari tiga penjuru.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ini org politik yg ada rekod buruk khalwat dgn isteri orang. Tak layak jdi pemimpin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping