Heh! Hampir semalam Pentaksub dan Pencipta Lobang Bontot Si Ketua Penipu tu meroyan bila diorang membaca kenyataan yang telah dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ni.
Mungkin semalam diorang baru terbau bau hancing gamaknya. Padahal sejak awal - awal lagi orang dah bagitau supaya diorang berhati - hati dengan strategi Politik Tun Mahathir tu.
Tapi apa kan daya. Semua amaran yang diberikan itu tidak satu pun yang diendahkan oleh puak Pentaksub dan Pencinta PKR yang mudah alpa dengan pengumuman Tun Mahathir sebelum ini.
Baru Tun Mahathir kata yang dia akan memastikan Si Ketua Penipu tu bebas dari penjara sebaik sahaja Pakatan Haprak tu menang PRU akan datang dah boleh buat Pentaksub PKR lupa diri.
Belum apa - apa lagi, pelbagai puji - pujian diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu walaupun sebelum ini, diorang jugak yang melabelkan Tun Mahathir sebagai 'Maha-Zalim' dan 'Maha-Firaun'.
Itu membuktikan bahawa puak PKR ni mudah sangat Klimaks bila mendengar pengumuman seperti itu tanpa memikirkan sudut strategi Politik yang direncanakan oleh Tun Mahathir.
Tinggal lagi, apa pulak respon PKR selepas membaca kenyataan Tun Mahathir yang masih lagi beranggapan bahawa Si Ketua Penipu tu tak layak untuk jadi Perdana Menteri Malaysia?
Kata Tun Mahathir, dia tidak mempunyai masalah jika rakyat mahu menerima Si Ketua Penipu tu sebagai PM, tetapi secara peribadi, bekas Perdana Menteri itu tetap tidak mengubah pendiriannya.
"Saya berpegang dengan kenyataan saya ketika itu. Untuk sekarang, tidak (ada perubahan). Pada ketika itu ada beberapa perkara di ketika itu dan itu respon saya. Mungkin tahun akan datang saya tukar pandangan lagi. Anda tunggu," katanya di sidang media PPBM, di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.
Dalam erti kata lainnya, Tun Mahathir secara terbuka menyatakan bahawa dia tetap tidak boleh menerima Si Ketua Penipu tu sebagai Perdana Menteri buat masa ini berdasarkan pendiriannya sendiri.
Namun dalam dunia Politik ni, macam - macam benda boleh berlaku. Nak pulak bagi orang yang takde pendirian. Memang mudah la diorang berubah mengikut keadaan semasa demi nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Kesian org yg percayakan Madey
BalasPadamPembalot no 1 negara..
BalasPadamMathir lebih teruk drpd anwar..