Selasa, Julai 11, 2017

Apakah laporan akhbar The Guardian, United Kingdom berhubung pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia, sebenarnya salah?

Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir dua dekad lalu dilaporkan The Guardian sebagai mahu Anwar dibebaskan dari penjara dan diizin bertanding pilihan raya umum. 

Menurut The Guardian, Mahathir memberitahunya bahawa tindakan itu perlu diambil kerana Anwar “mangsa dendam politik” dan “diperlakukan secara tidak adil”. 

Bagaimanapun tatkala penyokog PKR girang dengan laporan itu kerana ia dilihat sebagai “pengorbanan atau rajuk” Anwar tidak mahu menjadi calon Perdana Menteri pembangkang nampaknya berbaloi, Mahathir menghempas harapan mereka ke bumi nyata sekali lagi.

Walaupun tidak mahu mengakuinya, pemimpin-pemimpin PKR sebenarnya maklum bahawa Si Nurul Izzah itu memang ada melakukan “ziarah aidilfitri” terhadap Mahathir di London. 

Mereka berhujah bahawa itu adalah aktiviti sosial. Bagaimanapun umum tahu apabila dua ahli politik bertemu di luar negara adalah naif untuk mengatakan bahawa tiada agenda politik dibincangkan. 

Lantas laporan awal Guardian segera diraikan sebagai natijah baik hasil ziarah hari raya itu. Namun Mahathir “membunuh harapan” PKR dengan menafikan laporan The Guardian itu pula.

Tun Mahathir sekali lagi tampil menafikan yang dia menyokong Si Ketua Penipu tu sebagai calon Perdana Menteri Pakatan sepertimana yang telah dilaporkan oleh The Guardian sebelum ini.

Sebaliknya Tun Mahathir tetap menegaskan bahawa Si Ketua Penipu tu tidak boleh menjadi pemimpin negara kerana dia tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Siapa kata saya sokong, kita bincang struktur parti. Beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sehingga pakatan pembangkang melantik seorang Perdana Menteri sementara.
“Sekiranya memang untuk membebaskannya, sehingga itu berlaku, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri.
“Perlu ada Perdana Menteri sementara, kalau tidak, beliau tidak boleh jadi Perdana Menteri sebab tidak boleh bertanding,” katanya.
Kenyataan Tun Mahathir itu dibuat selepas menyempurnakan majlis pelancaran buku bertajuk ‘A Driver’s Son’ oleh Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Penyokong PKR terkedu dan termangu. Tun Mahathir masih belum menukar pendirian. Malah dia masih yakin bahawa Si Ketua Penipu tu memang tidak layak jadi Perdana Menteri kerana akhlaknya buruk seperti yang pernah dihebahkannya pada tahun 1998 lalu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping