Rabu, Ogos 02, 2017

Huh! Kalau bercakap atas pentas, bukan main berdegar - degar lagi diorang ni ya tak. Tapi hakikatnya, diorang juga yang paling hampas. Kononnya nak bela nasib warga peneroka Felda.

Siang malam Pengerusi PPBM tu cuba menghasut rakyat terutamanya dikalangan peneroka Felda untuk membenci pihak Kerajaan. Kononnya Kerajaan la yang buat Peneroka berhutang.

Malah didakwa Felda juga yang banyak menyapu duit dari 1MDB untuk membeli hartanah diluar Negara. Tapi bila disiasat, rupanya ada dikalangan mereka sendiri yang turut sama terlibat.

Patut la Si Zahid Mat Arip ni lari masuk PPBM. Mungkin dia harap dia dapat diselamatkan oleh Tun Mahathir apabila dia masuk menyertai parti yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri tu.

Tapi apa kan daya. Nasib memang tidak menyebelahi dia. Buang masa je Tun Mahathir bercerita pasal nak selamatkan Felda selama hari ini sedangkan ada pemimpin parti dia sendiri yang terlibat.

Dalam laporan yang didedahkan semalam, Si Zahid Mat Arip tu telah ditahan reman selama lima hari oleh pihak SPRM bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Zahid merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditahan di kediamannya bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation pada tahun 2014.

Pokok pangkalnya, PPBM tu bukan la parti yang betul - betul Bersih dan Suci dari melakukan sebarang dosa seperti mana yang cuba digambarkan oleh Tun Mahathir selama hari ini. Tu pun belum berkuasa lagi. Dah dapat kuasa nanti, tak tau la apa pulak yang diorang akan lakukan!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping