Rabu, Ogos 02, 2017

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak setuju ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilantik dari kalangan ahli politik.

Baginda berkata ahli lembaga pengarah PKNS seharusnya seimbang dan dilantik dari kalangan mereka yang profesional.
“Mereka boleh memberi pandangan, buah fikiran, nasihat dan tunjuk ajar dalam sektor pembangunan dan hartanah,” katanya semasa merasmikan Ibu Pejabat PKNS hari ini.
Sultan Sharafuddin turut berharap PKNS terus memainkan peranannya sebagai badan korporat untuk bersaing di peringkat global di samping bertanggungjawab membantu orang Melayu di Selangor yang berpendapatan rendah.

Baginda berkata peranan berkenaan hendaklah dilakukan secara berterusan agar orang Melayu di negeri ini terutamanya tidak terlalu ketinggalan berbanding kaum lain.
“Perkara ini amat penting bagi memastikan keharmonian dan perpaduan antara kaum yang ada sekarang ini akan terus dikekalkan,” katanya.
Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin turut merasa sedih kerana generasi baru kakitangan PKNS lupa mengenai fungsi asal penubuhan PKNS yang diasaskan oleh bekas Menteri Besar Selangor ke-8 Datuk Harun Idris.
“Ia bertujuan menolong orang Melayu berpendapatan rendah yang tinggal di Selangor untuk mendapatkan rumah yang selesa dan mampu milik.”
Sultan Sharafuddin turut percaya pengurusan PKNS kini akan kembali ke matlamat asalnya bagi meneruskan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat Selangor.
“Dengan usaha PKNS menyediakan rumah mampu milik bagi orang Melayu berpendapatan rendah di Selangor, ia akan mengurangkan beban rakyat dan memenuhi impian mereka untuk memiliki rumah sendiri yang berkualiti pada harga yang mampu,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, pemimpin Politik yang ada pegang jawatan dalam PKNS tu pun bukannya memberi sebarang faedah kepada rakyat. Yang diorang tau, hanya setakat pegang jawatan. Kerja bukannya diorang tau buat!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Rakyat Selangor2 Ogos 2017 11:59 PTG

    PKNS sekarang bina rumah teres harga 500 ribu ke atas utk siapa?? Kaum mana yg mampu beli tu, fikir2kanlah. Negeri berkebajikan konon.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping