Rabu, Ogos 02, 2017

Heh! Insiden macam ni jarang kita dengar. Yang biasa berlaku cerita pasal parti sendiri fitnah ahli ni hanya dari parti Bunga Raya tu sahaja. Parti lain jarang buat kerja pandir macam tu gaya.

Kecuali PKR yang memang terkenal dengan Kaki Fitnah yang ramai. Maka PPBM sekarang ni dah berjangkit dengan sindrom penyakit suka menabur fitnah terhadap ahli parti mereka sendiri.

Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mempertahankan dirinya daripada difitnah telah menerima wang sebanyak RM7 juta untuk kembali menyertai UMNO.
“Saya mohon semoga pihak SPRM menyiasat diri saya, sama ada benar saya menerima wang RM7 juta.
“Jika dahulu saya berjuang untuk rakyat, kali ini saya perlu berjuang untuk diri sendiri kerana saya sedar tiada siapa pun yang akan membela saya walaupun selama ini telah saya bergolok bergadai untuk sebuah perjuangan,” katanya dalam Facebook.
Anina yang juga merupakan Ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM berkata fitnah yang dilakukan sendiri oleh ahli partinya, iaitu Setiausaha PPBM Bahagian Langkawi Puteri Fataharyati Harun.
“Hari ini saya hadir ke SPRM untuk memaklumkan tentang dakwaan (fitnah) bahawa saya telah memerima wang sebanyak RM 7 juta dari pihak UMNO oleh Setiausaha PPBM Bahagian Langkawi pada 31 March 2017.
“Berulang kali saya difitnah oleh ahli parti sendiri namun saya tidak pernah dibela. Sudah sampai masanya saya bangun untuk membela diri sendiri untuk kali ini,” katanya lagi.
Beliau turut mengakui walaupun sebelum ini beliau pernah berjuang untuk menegakkan kebenaran sehingga tertubuhnya PPBM, namun kini semua pengorbanannya telah dilupai, malah dirinya sendiri menjadi mangsa kezaliman.

Dalam erti kata lainnya, parti Bunga ni takde la hebat sangat. Diorang ni tidak la semaksum seperti mana yang digambarkan selama hari ini. Sedangkan ahli parti sendiri pun diorang sanggup fitnah, inikan pulak dengan orang lain yang takde kaitan dengan diorang!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping