Ahad, Ogos 27, 2017

Nampak gayanya, keghairahan dan sifat terdesak Si Azmin Ali ni nak mengejar kuasa bakal memakan diri serta turut mengheret kartel - kartel yang mengelilingi dirinya pada ketika ini.

Ianya dapat dilihat apabila ekumpulan aktivis yang menyokong Pakatan hari ini menggesa agar gabungan tersebut menjarakkan diri daripada kumpulan Azmin Ali yang juga digelar sebagai Kartel.

Ia berikutan tindak - tanduk Azmin serta kartel - kartelnya yang dilihat secara tidak lansung bakal memusnahkan Pakatan pembangkang itu daripada dalaman gabungan itu sendiri.

Jurucakap kumpulan itu yang terdiri daripada Zanirun Baba, Othman Ismail, Annuar Ismail, Mohd Saad Ismail, Lee Thian Soo dan Dr Maniam dalam satu kenyataan hari ini membuat gesaan tersebut ekoran perletakan jawatan William Leong daripada Biro Politik PKR.

Ia susulan daripada ketidakpuasan hati William terhadap beberapa pemimpin PKR, terutama Azmin yang masih tegar untuk menjalin kerjasama dengan PAS.
“YB William Leong juga menyatakan keputusan yang dilakukan oleh beberapa kerat pemimpin PKR adalah tidak konsensus.
“Kami bersama-sama William dalam perkara ini malah memandang bahawa Azmin Ali dan beberapa kerat kelompoknya gagal berfungsi sebagai seorang Pengarah Pilihanraya yang baik.”
Gerakan Aktivis Harapan (GAH), turut mengingatkan Azmin bahawa tugas Pengarah Pilihanraya bukan sebagai perunding kerjasama dengan musuh.
“GAH ingin menasihatkan Azmin supaya sedar bahawa PH telah wujud sebagai sebuah keluarga besar dan mengukuh sokongan. Dia mahu atau tidak harus menerima kondisi sekarang, jika tidak kelompoknya akan dilabel sebagai entiti yang tidak punyai maruah kerana masih mahu bersenggama dengan bekas pasangan selepas bercerai.
“Seperti yang GAH telah menyatakan sebelum ini bahawa kelompok Azmin tidak sangat membantu PH, sebaliknya akan merosakkan PH dari dalam.”
Pokok pangkalnya, keghairahan Si Azmin tu nak mengejar kuasa dan mengekalkan jawatan serta kedudukannya hanya sekadar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dirnya sendiri. Bukannya dia berjuang demi kebajikan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping