Ahad, Ogos 27, 2017

PAS tetap bertegas dengan pendirian bahawa parti itu tidak akan lagi mengadakan rundingan kerjasama bersama PKR dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali berkata, parti pimpinan Si Wan Azizah itu sepatutnya sudah sedia maklum pendirian PAS itu selepas hubungan tahaluf siyasi kedua-dua parti itu tamat pada Mei lepas.
"Tidak ada lagi sebarang rundingan kerjasama politik untuk pilihanrya dengan mana-mana pihak kecuali menerusi Gagasan Sejahtera, termasuk atas nama individu sekalipun selagi ia membawa imej Pakatan Harapan (PH)," katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.
Malah katanya lagi, PAS bersama Gagasan Sejahtera (GAGASAN) sudah bersedia untuk berdepan dan melawan Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH), sekaligus memenangi PRU14 kelak.
"Ahli dan pimpinan telah bersedia dari sudut psikologinya untuk masuk PRU14 bersama Gagasan Sejahtera berhadapan dengan Umno atau BN.  Atas moto PAS ganti Umno dan Gagasan Sejahtera ganti BN dan PH," kata beliau lagi.
Justeru katanya, tiada keperluan untuk PAS memaklumkan secara rasmi kepada PKR mengenai keenggganan partinya itu untuk mengadakan rundingan kerjasama antara mereka memandangkan ia sudah jelas. 
"Kita sudah ada keputusan, ia tidak berubah dan semua telah maklum. Jadi, tiada keperluan untuk memaklumkan secara rasmi kepada PKR," ujar beliau.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan PKR yang seakan masih mahu mengadakan rundingan kerjasama bersama parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu walaupun kerjasama antara kedua-duanya sudah terputus Mei lalu.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping