Selasa, Ogos 01, 2017

Heh! Pandai betul Si Nurul Izzah ni berlakon ya. Kalau dulu, dia la orang paling kuat mengutuk Tun Mahathir yang didakwa sebagai pemimpin negara Diktator yang kejam dan zalim.

Bahkan Si Nurul Izzah serta pengikut Si Ketua Penipu tu juga pernah menghina nama Tun Mahathir dengan menggelarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai 'Maha-Zalim' dan 'Maha-Firaun'.

Tapi hari ini, demi kepentingan Politik Peribadi kaum keluarganya, Si Nurul Izzah tu mula buat Pusingan U. Baru hari ini Si Nurul Izzah tu tampil mempertahankan nama Tun Mahathir.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Si Nurul Izzah tu mendakwa bahawa dia kecewa dengan tindakan TPM yang menjadikan nama bekas Perdana Menteri itu sebagai bahan modal Politik.

Naib Presiden PKR tu berkata, tindakan itu amat mengecewakan apatah lagi ia dilakukan oleh pemimpin nombor dua negara yang didakwa sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dan Islamik dari segi tindakan mahupun percakapannya.
“Sebagai umat Islam, Ahmad Zahid tidak wajar bermain dengan politik perkauman. Apatah lagi, melibatkan keturunan dan individu yang bapanya sudah meninggal dunia.
“Saya bimbang, tindakan Ahmad Zahid ini akan menyebabkan musuh menyiasat pula asal usul keturunan beliau. Tindakan sebegini sudah pasti tidak membantu, malahan tidak memajukan rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambah menghairankan ialah apabila Si Nurul Izzah tu cuba nak mengaitkan isu nama sebenar Tun Mahathir itu dengan isu perkauman yang hakikatnya tidak disentuh oleh TPM sebelum ini.

Itu yang peliknya dengan puak Pakatan Haprak ni. Benda yang orang tak sebut, diorang pulak yang sengaja nak perbesarkan. Bila masa pulak nama Tun Mahathir tu dikaitkan dengan isu perkauman?

Yang IRONIKnya, Adakah nama "Mahathir Anak Lelaki Kutty" itu merujuk kepada Tun Mahathir? Adakah itu nama betul bekas Perdana Menteri itu? Kalau bukan, buat apa diorang nak meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Perkara yang dirasakan sebagai senjata rupanya hanya akan memakan tuannya sendiri. Kalau itu nak dijadikan senjata untuk menghentam Tun M, rupanya dia lebih menghina semua rakyat Malaysia bukan Melayu. Walaupun Zahid pastinya 100% berbohong, tapi nama A/L diguna ramai rakyat dari sabah & sarawak. Betapa ceteknya pemikiran Zahid.

    BalasPadam
  2. Nurul tak kecewa bila bapaknya dpt gelaran sheikh aljubori dari mat sabu?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping