Isnin, Ogos 07, 2017

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduk Nik Abdul Aziz menyelar penyokong Parti Amanah Negara (PAN) yang cuba menyebarkan dakyah kononnya PAS kini menyokong UMNO.

Putera kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz itu turut membidas mereka sebagai sebahagian dari golongan "pekak" yang enggan peduli pada penegasan PAS yang tidak menjalin kerjasama politik dengan UMNO.
"Mereka kata, PAS dah sokong UMNO. Saya tanya, nak ratib zikir DAP ajar gitu sampai ke kuburkah?
"Mereka kata, susah orang PAS ni. Degil! Saya tanya, mana baik daripada pekak macam kamu?," katanya dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebooknya, baru-baru ini.
Selain itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan bahawa dakyah tersebut adalah ciptaan DAPigs untuk mencetus rasa kebencian dikalangan ahli dan penyokong mereka terhadap PAS.

Nik Mohamad Abduh dalam kenyataan tersebut turut memberi peringatan kepada pihak yang dianggap sebagai penyebar dakyah tersebut supaya "menuai hasil" perbuatan tersebut selepas "masuk kubur".
"PAS sokong UMNO" adalah zikir ciptaan DAP yang dibaja gembala oleh PAN. DAP bagitahu PAN, masuk kubur nanti, kamu tuailah hasilnya," tulis beliau.
PAS sebelum ini memperkenalkan konsep politik matang dan sejahtera dengan menolak sebarang strategi politik yang tidak beretika termasuk menuduh tanpa bukti yang kukuh atau mencetus budaya politik kebencian di negara ini.

Parti itu turut menegaskan bahawa pihaknya tiada masalah untuk menyokong sebarang tindakan atau dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) selagi tidak bertentangan dengan hukum-hakam Islam, namun menolak kerjasama politik dengan UMNO mahupun BN.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Alahai...tengoklah siapa ketua Pan. Kan pernah ditangkap khalwat dgn bini org. Tak heranlah klu skrg jdi tukang angguk Dap...dedak banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Lagipun dia pernah kata, dia sanggup makan babi dgn Abg Besar dia dr makan ayam dengan DSN ...kan..kan..kan..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping